☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Ogos 2022

WorldSBK: Makin Lama Makin Sengit. Toprak Razgatlioglu Kembali Mendapat Rentak

Juara bertahan, Toprak Razgatlioglu dari pasukan Pata Yamaha with Brixx WorldSBK berjaya mencipta kemenangan sekali lagi dalam saingan kelas prima dengan menewaskan dua seteru utamanya iaitu Alvaro Bautista dan Jonathan Rea dalam pertembungan yang cukup sengit.

Tiga musuh utama musim ini. Alvaro Bautista '19', Jonathan Rea '65' dan Toprak Razgatlioglu.
Tiga musuh utama musim ini. Alvaro Bautista '19', Jonathan Rea '65' dan Toprak Razgatlioglu.
Razgatlioglu mencipta kemenangan ke-100 Yamaha dalam WorldSBK.
Razgatlioglu mencipta kemenangan ke-100 Yamaha dalam WorldSBK.

Kecemerlangan tunggangan pelumba dari Turki ini mula dilihat sejak persaingan Pusingan 5 yang berlangsung di UK pada pertengahan bulan Julai yang lalu. Razgatlioglu telah mendominasi kesemua perlumbaan untuk membuka semula peluangnya dalam kedudukan mata keseluruhan.

Alvaro Bautista, Juara Perlumbaan 1.
Alvaro Bautista, Juara Perlumbaan 1.

Pada saingan pertama yang dijalankan pada Sabtu, pelumba pasukan Ducati iaitu Alvaro Bautista terlebih dahulu mencipta kemenangan. Walaupun bermula di barisan belakang, Bautista berjaya menewaskan para pencabarnya dengan tunggangan yang bertenaga.

Menjelang tamat, kedudukan Bautista cukup selesa dengan kelebihan dua saat di hadapan. Kemenangan itu juga merupakan kejayaan podium kali ke-1000 buat Ducati dalam saingan kelas prima ini.

Toprak Razgatlioglu '1' cuba menahan kemaraan dua pencabar utamanya di belakang.
Toprak Razgatlioglu '1' cuba menahan kemaraan dua pencabar utamanya di belakang.
Scott Redding '45' turut mempamerkan tunggangan yang bertenaga.
Scott Redding '45' turut mempamerkan tunggangan yang bertenaga.

Kecewa dengan persembahan pertama, Razgatlioglu kembali ke litar dengan azam yang tinggi. Juara bertahan itu cemerlang dalam saingan Superpole dengan menewaskan Rea dalam satu pertarungan yang cukup sengit.

Aksi kegemaran Razgatlioglu setiap kali meraih kemenangan.
Aksi kegemaran Razgatlioglu setiap kali meraih kemenangan.

Pertarungan tiga penjuru di antara Razgatlioglu, Rea dan Bautista sangat dinanti-nantikan. Dalam saingan akhir, Razgatlioglu bermula di petak pertama dan peluang tersebut di ambil sebaik-baiknya untuk memecut ke hadapan dan memimpin perlumbaan. Rapat di belakang ialah Jonathan Rea yang kemudiannya disertai oleh seorang lagi pelumba iaitu Bautista.

Bautista menggunakan kekuatan enjin jenteranya untuk cuba memintas khususnya di laluan lurus. Rea juga mempunyai kelebihan untuk mengejar dan memintas para pelumba di hadapannya.

Michael Ruben RInaldi kini berada di tangga kelima keseluruhan dengan 134 mata.
Michael Ruben RInaldi kini berada di tangga kelima keseluruhan dengan 134 mata.
Dari kiri: Alvaro Bautista, Toprak Razgatlioglu & Jonathan Rea.
Dari kiri: Alvaro Bautista, Toprak Razgatlioglu & Jonathan Rea.

Ketika saingan berbaki 9 lap sahaja lagi, kedudukan Bautista di depan semakin tergugat. Rea dan Razgatlioglu berjuang berhabis-habisan untuk merapatkan diri. Dua lap kemudian, Razgatlioglu berjaya memintas dan mengetuai perlumbaan akhir di Litar Czech ini hingga ke garisan penamat. Tempat kedua dimenangi oleh Bautista yang menewaskan Rea di tempat ketiga. RR

Kedudukan Mata Keseluruhan WorldSBK 2022

  • Alvaro Bautista 298 mata
  • Jonathan Rea 267 mata
  • Troprak Razgatlioglu 260 mata
  • Andrea Locatelli 148 mata
  • Michael Ruben Rinaldi 134 mata

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.