☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Ogos 2022

Pecco Cipta Kemenangan Hatrik!

Buat pertama kalinya, Francesco Bagnaia (Pecco) telah mencipta kemenangan hatrik selepas mempamerkan tunggangan cukup mantap untuk memimpin perlumbaan dari awal hingga akhir. Kejayaan penuh bermakna buat dirinya dan pasukan diraih di litar Red Bull Ring, Austria semalam.

Para pemenang MotoGP GP Austria. Dari kiri: Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia & Jack Miller.
Para pemenang MotoGP GP Austria. Dari kiri: Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia & Jack Miller.
Pecco mengawal jenteranya dengan cukup sempurna.
Pecco mengawal jenteranya dengan cukup sempurna.

Peneraju kejuaraan, Fabio Quartararo mendapat rentaknya semula untuk memberi cabaran sengit sebelum akur di tempat kedua diikuti Jack Miller, ketiga.

Masing-masing cuba mendapat ruang untk memintas
Masing-masing cuba mendapat ruang untk memintas

Di hadapan lebih daripada 90,000 orang penonton, Bagnaia melakukan holeshot untuk merebut tempat pertama. Berada rapat di belakangnya ialah Enea Bastianini, Miller dan Jorge Martin. Quartararo yang turut bermula dengan baik telah dipintas oleh Maverick Vinales untuk berada di tempat kelima.

Pada masa yang sama, Joan Mir terlibat dalam kemalangan agak serius yang menyebabkan ligamen kakinya koyak.

Kejayaan ini membakar semangatnya semula untuk mempertahankan takhta kejuaraan.
Kejayaan ini membakar semangatnya semula untuk mempertahankan takhta kejuaraan.
Johann Zarco '5' tamat di tempat kelima.
Johann Zarco '5' tamat di tempat kelima.
Brad Binder memberikan persembahan terbaik di hadapan para penyokongnya untuk mendapat tempat ketujuh.
Brad Binder memberikan persembahan terbaik di hadapan para penyokongnya untuk mendapat tempat ketujuh.

Situasi di depan menyaksikan pertembungan hebat di antara para pelumba yang penuh dengan pengalaman dan semangat waja. Kedudukan Bagnaia agak selamat apabila rakan sepasukannya Miller berada di belakang. Kedua-dua pelumba Ducati ini dapat membuka jarak lebih daripada satu saat di hadapan para pelumba lain.

Masuk Lap 14, Quartararo melakukan catatan masa terbaik peribadi dan berjaya merapatkan diri sedikit demi sedikit. Mangsa pertamanya ialah Martin! Kehadiran Quartararo mengejutkan Pecco dan Miller. Ketika saingan tinggal empat lap sahaja lagi, Quartararo mengerah seluruh tenaga jentera Yamahanya untuk memintas Miller.

Semoga Joan Mir segera sembuh.
Semoga Joan Mir segera sembuh.
Darryn Binder '40' berjaya menamatkan saingan di tempat ke-13.
Darryn Binder '40' berjaya menamatkan saingan di tempat ke-13.

Bagnaia sudah jauh di depan yang memaksa Quartararo memecut sehabis-habisnya untuk mengejar. Pecco berjaya meriah kemenangan tetapi agak tipis, hanya 0.4s di hadapan Quartararo.

Tempat ketiga menjadi milik Miller diikuti Luca Marini dan Johann Zarco masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Tiga pelumba yang bakal berentap sengit hingga ke penghujung musim.
Tiga pelumba yang bakal berentap sengit hingga ke penghujung musim.

“Ia adalah satu perlumbaan yang sangat panjang. Kami memilih tayar hadapan jenis lembut tetapi ia bukanlah pilihan terbaik buat saya terutama sekali ketika saingan sudah sampai dipenghujung. Walaupun banyak melakukan kesilapan, rentak saya masih berada baik untuk kekal di hadapan,” komen Francesco Bagnaia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.