☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Jun 2022

Litar Tangkak Milik Afif

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran membawa keceriaan kepada seluruh pasukannya apabila beliau meraih kejayaan podium di Litar Tangkak pada pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, 2022.

Afif yang bermula di petak kedua telah mempamerkan persembahan yang mantap untuk berada bersama kelompok hadapan. Afif mendahului saingan selama dua lap tetapi telah dipintas oleh Haziq yang kemudiannya mengungguli perlumbaan akhir ini.

Namun begitu, Afif tidak patah semangat dan terus mengekori pencabarnya itu dengan rapat. Menjelang saat-saat akhir, pelumba bernombor 50 itu mengukuhkan strategi untuk menyerang dan memintas Haziq di selekoh terakhir. Walaupun cuba dicabar semula, Afif tenang mengawal keadaan untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama dengan catatan masa 14’36:498s.

Shahrol Syazras '61' dan Md Amier Rossi mempamerkan semangat juang yang tinggi.
Shahrol Syazras '61' dan Md Amier Rossi mempamerkan semangat juang yang tinggi.

“Perlumbaan hari ini memangnya sengit. Walaupun saya mendahului dua lap pertama, Haziq berjaya memintas. Sepanjang perlumbaan ini, cabaran saya adalah untuk mengukuhkan kembali kedudukan saya dan akhirnya mendapat peluang pada selekoh terakhir.”

Haziq terpaksa akur dengan keputusan kali ini dan pastinya akan lebih bersemangat untuk merampas kembali kemenangannya pada pusingan akan datang.Tempat ketiga dimenangi oleh Nazirul Izzat Md Bahauddin dengan catatan masa 14’42:303s.CP125

Saingan CP125 memang cukup sengit. Juara Litar Tangkak dimiliki oleh Md Hafiza Rofa '24'.
Saingan CP125 memang cukup sengit. Juara Litar Tangkak dimiliki oleh Md Hafiza Rofa '24'.

CP125

Pasukan ONEXOX TKKR Racing menikmati minggu yang sempurna apabila meraih kemenangan berganda sekali lagi apabila jaguh mereka, Md Hafiza Rofa telah memenangi saingan akhir kelas ini dengan catatan masa 11’43:329s.

Walaupun begitu, kemenangannya itu diraih dengan penuh kesungguhan terutamanya untuk menewaskan pelumba dari Johor, Md Aliff Danial yang turut serta memiliki rentak yang cukup pantas.

Para pemenang CP125. Dari kiri: Md Aliff Danial, Md Hafiza Rofa & Md Harith Farhan.
Para pemenang CP125. Dari kiri: Md Aliff Danial, Md Hafiza Rofa & Md Harith Farhan.

Tangga ketiga podium menjadi milik oleh Md Harith Farhan Baharin manakala Shafiq Rasol dan Md Firdaus Md Hamdan masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Selepas unggul di dua persaingan, Hafiza Rofa kini berada di tangga tertinggi podium dengan 50 mata. Rakan sepasukannya, Shafiq Rasol di tangga kedua dengan 33 mata manakala Aliff Danial Asri di tangga ketiga keseluruhan dengan 26 mata.

Md Syamil '31' memerah pendikit habis-habisnya untuk memberi cabaran dalam saingan WIRA.
Md Syamil '31' memerah pendikit habis-habisnya untuk memberi cabaran dalam saingan WIRA.

Wira

Tahniah buat pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha yang menyapu bersih ketiga-tiga tempat di podium. Md Syamil Amysar Md Iffende yang bermula di petak pertama menampilkan tunggangan cukup bertenaga untuk mendahului kelompok pelumba. Dengan tunggangan yang konsisten, ketiga-tiga rakan sepasukan itu telah memaparkan pengendalian jentera yang cemerlang.

Walaupun dipintas oleh rakan sepasukannya, namun pelumba dari Pulau Pinang itu berjaya mencari peluang untuk berada di depan sekali dan seterusnya menamatkan perlumbaannya dengan catatan masa 8’43:929s. Ketinggalan hanya 0.295s di tempat kedua ialah Danish Aiman manakala Md Adam Haikal di tempat ketiga.

Abang Md Luqmanul '1', memimpin perlumbaan dengan penuh keyakinan.
Abang Md Luqmanul '1', memimpin perlumbaan dengan penuh keyakinan.

Cabaran Honda Dash

Abang Md Luqmanul berjaya menebus kekecewaannya pada perlumbaan pusingan awal dahulu apabila meraih kemenangan dengan penuh bangga di Litar Tangkak untuk meraih 25 mata yang cukup berharga.

Luqmanul yang sudah mula membuka jarak sejak di awal saingan gagal dicabar oleh para pelumba lain sehinggalah memiliki kelebihan sejauh dua saat di hadapan pemenang tempat kedua iaitu Md Haziq Hakimy dari Johor. Juara pusingan pertama, Amrin Haziq hanya mampu mencatatkan kemenangan di tempat ketiga dan menyebabkan kedudukannya di tangga teratas sudah mula tergugat.

Para pemenang Yamaha Petronas Super Series bersama piala masing-masing.
Para pemenang Yamaha Petronas Super Series bersama piala masing-masing.

Yamaha Petronas Super Series

Md Adie Putra pastinya akan mengingati kenangan manisnya di Tangkak selepas muncul juara dengan tenang dan selesa. Bermula di petak pertama ternyata memberinya peluang untuk berada di depan dari awal hingga akhir. Adie Putra tenang meratah setiap selekoh untuk menjarakkan diri daripada para pelumba lain sedikit demi sedikit dan memenangi saingan ini buat pertama kalinya.

Md Adie Putra '6' berjaya memintas para pencabarnya untuk muncul juara.
Md Adie Putra '6' berjaya memintas para pencabarnya untuk muncul juara.

Adib Arsyad juga menikmati keputusan lebih baik berbanding sebelum ini di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh Ahmad Iqram yang tiba di garisan penamat hampir empat saat di belakang Adib.

Md Adie Putra kini berada di tangga teratas saingan ini dengan 45 mata diikuti oleh Md Adib Arsyad 36 mata dan Ahmad Iqram di tangga ketiga dengan 27 mata.

Kemenangan Arash Tsunami '1' mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas dengan 50 mata.
Kemenangan Arash Tsunami '1' mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas dengan 50 mata.

Cabaran Yamaha NVX

Pelumba dari Pahang, Arash Tsunami sekali lagi mempamerkan tunggangan yang cemerlang untuk menambah 25 mata lagi dalam koleksinya. Kemenangannya juga boleh dikatakan antara yang paling selesa pernah disaksikan dengan perbezaan jarak pelumba kedua sejauh 10.355 saat. Jika di Litar Sepang tempoh hari Arash dicabar hebat oleh para pelumba lain, kali ini dia benar-benar 'berseorangan' tanpa menerima sebarang desakan.

Perlumbaan kali ini sebenarnya tertumpu kepada perebutan tempat kedua di antara Md Fazel, Md Hakim dan Md Danish Zarif yang akhirnya dibezakan hanya dengan 0.9s sahaja. Apa pun, tahniah atas usaha mereka semua.

Perlumbaan seterusnya akan kembali ke Litar Sepang pada 11-12 Jun 2022 diikuti Litar Permotoran Terengganu pada 24-25 Jun 2022. RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.