☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Oktober 2022

Qabil Irfan & Adi Putra Layak ke FIM Mini World Finals di Valencia

Qabil Irfan Azlan telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam saingan perdana FIM MiniGP Malaysia Series 2022 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Kart Sepang. Kemenangan ini sekali gus memberikan tiket buat pelumba berusia 10 tahun itu mewakili negara di pentas FIM mini World Finalsyang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Qabil berjaya mengupul sebanyak 236 mata selepas selepas mengutip 50 mata dalam perlumbaan di pusingan akhir baru-baru ini. Manakala Adi Putra yang menjadi naib juara dalam saingan ini juga akan bersaing bersama Qabil di Valencia, Sepanyol nanti, beliau mengumpul 183 mata sepanjany 5 pusingan. Tempat ketiga keseluruhan pula menjadi milik Akif Abdullah dengan mengupul 145 mata. Sharf Muhriz di tangga keempat (122 mata) dan tempat kelima ialah Shah Putra (92 mata).

Pada pusingan akhir, Qabil yang berasal dari terengganu mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan serta mengutip satu lagi Pirelli Pole Position Award. Dalam perlumbaan 1, beliau berjaya meninggalkan lawannya, Sharf Muhrif dengan jarak 3.352 saat untuk bergelar juara. Qabil juga turut memecahkan rekod baru lap terpantas dengan catatan masa 55.831 saat di litar sepanjang 1,247 meter pada sesi latihan.

Perlumbaan kedua terpaksa dimulakan semula apabila terdapat insiden di antara tiga pelumba, Akif, Farhan Naqib dan Nguyen Met pada lap pertama. Walaubagaimanapun, Aabil mengekalkan dominasinya dengan menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 15 minit 9.301 saat. Tempat kedua pula dimenangi oleh Sharf Muhriz dengan jarak masa 2.765 saat di belakang Qabil.

Airel Marzuki bergelar juara keseluruhan dalam saingan SIC Ohvale Junior Championship dengan mengumpul sebanyak 216 mata. Pada perlumbaan 1, Airel telah ditewaskan oleh pelumba dari Indonesia, Giovanni Gani di mana beliau menamatkan cabarannya di tempat kedua. Namun, dalam perlumbaan 2 Airel bangkit kembali untuk bergelar juara sekali gus mengesahkan status beliau sebagai ppelumba terbaik dalam kelas ini.

Qayyim Razim yang tidak dapat berlumba dalam perlumbaa 1 akibat masalah teknikal menamatkan saingannya dalan perlumbaan 2 di tangga kedua sekali gus menempatkan dia sebagai naib juara keseluruhan dengan kutipan 170 mata. Tempat ketiga keseluruhan diduduki oleh Shazrel Aqief dengan 152 mata diikuti Giovani di kedudukan keempat dengan 136 mata. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).