☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 November 2022

Jentera MotoGP Suzuki GSX-RR akan Dibinasakan

Berita yang menyatakan Suzuki akan menamatkan penglibatan mereka di dalam Kejuaraan MotoGP disambut dengan perasaan sedih oleh ramai penggemar motosikal, tidak kira peminat pengeluar itu ataupun tidak. Jadi, kemenangan Alex Rins di dalam dua di antara tiga perlumbaan terakhir musim ini akan meninggalkan suatu kenangan manis. Namun, sekarang terdapat berita yang tidak kurang sedihnya bahawa kesemua Suzuki GSX-RR akan dibinasakan.

Di dalam sebuah wawancara dengan GP One, pengurus pasukan Suzuki MotoGP Livio Suppo berkata, "Sebuah dua motosikal ini akan ditempatkan di dalam muzium, tetapi bakinya akan dibinasakan termasuk semua alat ganti." Tambah Suppo lagi, "Semua pembuat Jepun berbuat begini bagi mengelakkan dicukai, kerana jentera yang belum dilupuskan dikira masih aktif. Oleh kerana jentera-jentera tersebut tidak dapat digunakan lagi, pembuat selalunya membinasakan kesemuanya."

Penunggang pasukan itu, Alex Rins pula berkata, "Saya telah meminta salah sebuah. Saya akan membelinya jika berpeluang."

Rins telah menerima jentera Suzuki GSX-RR tahun 2020 pada Julai 2022 yang lalu dan ia dipamerkan di ruang tamu rumahnya yang terletak di Andorra, Sepanyol. Tetapi dia teringin untuk menambahkan jentera tahun ini di dalam koleksinya setelah memenangi dua perlumbaan tersebut.

"GSX-RR yang ada di ruman saya sekarang merupakan yang dari tahun 2020 dan enjinnya tidak boleh dihidupkan," sambung Rins yang akan berpindah ke pasukan LCR Honda pada tahun depan. "Saya telah memberitahu Shinichi Sahara (pengetua pasukan Ecstar Suzuki MotoGP) untuk memindahkan motosikal itu ke 'motorhome' saya selepas tamatnya perlumbaan Valencia (pusingan terakhir), tetapi dia berkata tidak boleh dan terpaksa mendapatkan kebenaran daripada markas di Jepun."

Apapun, kami berharap bahawa terdapat beberapa buah daripada jumlah 42 buah Suzuki GSX-RR ini yang akan tersimpan.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).