☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 November 2022

Suzuki Gegar GP Australia

Saingan MotoGP kembali ke Phillip Island selepas 3 tahun! Ternyata 'nafas' baru ini memberikan semangat yang luar biasa untuk pihak penganjur, para pelumba, petugas dan para penonton yang begitu merindui 'pekikan' jentera dan aksi memukau pelumba kegemaran.

'Terima kasih' buat para pelumba terutamanya lima paling hadapan yang telah mempersembahkan pertarungan penuh dramatik di sepanjang persaingan. Tujuh pelumba terdepan melintasi garisan penamat dalam masa satu saat atau lebih tepat, 0.884 saat dan merupakan pertarungan paling sengit untuk meraih 10 pelumba terbaik.

Seperti yang kita tahu, 2022 merupakan musim terakhir buat Suzuki dalam MotoGP. Jaguh mereka, Alex Rins telah mengharumkan nama pasukannya apabila berjaya meraih kemenangan penuh emosi dengan menewaskan para pencabarnya seperti Francesco Bagnaia (Pecco), Marc Marquez, Marco Bezzecchi dan Enea Bastianini.

Sebelum itu, perlumbaan GP Australia bermula dengan cukup sengit. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk meraih mata tertinggi. Fabio Quartararo selaku juara bertahan berusaha gigih untuk memimpin perlumbaan tetapi sayangnya tindakan itu menyebabkannya melebar. Walaupun cuba bangkit, Fabio terbabas pula di pertengahan saingan tanpa memungut sebarang mata.

Pecco memburu kejuaraan dengan mencatatkan masa terpantas tetapi ia bagaikan mustahil untuk 'melarikan' diri daripada para pelumba di belakangnya. Perebutan pentas podium kali ini turut disertai oleh pelumba Repsol Honda, Marc Marquez yang kembali 'hebat' seperti dulu.

Alex Rins memiliki kelebihan di beberapa selekoh yang digunakan sebaik-baiknya untuk mengatasi Bezzecchi seterusnya Pecco yang cuba membuka jarak. Rins akhirnya berjaya mengatasi kepantasan Pecco dalam lap terakhir untuk bergelar juara.

Tempat kedua menjadi milik Marquez untuk mencipta rekod podium kelas perdana kali ke-100 diikuti Pecco tempat ketiga dan kini berada di tangga teratas keseluruhan dengan 233 mata (14 mata di hadapan Fabio).

Moto2

Walaupun menerima penalti 'Long Lap', Alonso Lopez ternyata memiliki rentak yang gagal dicabar oleh para pelumba lain sebelum meraih kemenangan dengan kelebihan 3.5 saat berbanding pemenang tempat kedua, Pedro Acosta. Tempat ketiga dimenangi oleh Jake Dixon diikuti oleh Fermin Aldeguer keempat.

Saingan kali ini juga membuka peluang untuk pelumba Jepun iaitu Ai Ogura dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia untuk bergelar juara keseluruhan Moto2. Walaupun tamat di tempat ke-11, ia sudah memadai buat Ogura melonjak di tangga tertinggi dengan 242 mata.

Augusto Fernandez turun ke tangga kedua dengan 238.5 mata selepas gagal menamatkan saingan manakala Aron Canet di tangga ketiga keseluruhan dengan 192 mata.

Moto3

Tahniah buat Izan Guevara yang telah dinobatkan sebagai juara Moto3 selepas meraih kemenangan penuh bergaya dalam saingan akhir GP Australia 2022. Guevara menerima kibaran bendera penamat dengan catatan masa 37'52.331 untuk menyempurnakan musim ini di tangga teratas carta dengan 290 mata – kelebihan 65 mata berbanding Sergio Garcia yang berada di tangga kedua.

Pertarungan sengit untuk tempat pertama melibatkan empat orang pelumba iaitu Guevara, Deniz Oncu, Garcia dan Ayumu Sasaki. Tunggangan yang mantap dipertontonkan oleh keempat-empat orang pelumba ini mengujakan para penonton yang membanjiri litar.

Oncu tetap berpuas hati di tempat kedua kerana dapat membawa pulang 20 mata penting manakala Garcia juga perlukan 16 mata tersebut untuk membuka jaraknya dengan Dennis Foggia dalam pertarungan naib juara keseluruhan musim ini.

Selepas Australia, pertarungan seterusnya adalah di Litar Antarabangsa Sepang pada 23 Oktober diikuti dengan Litar Valencia sebagai medan akhir pertembungan para jagoan musim ini yang bakal diadakan pada 6 November 2022. RR

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.