☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Januari 2023

Bautista & Rea Kongsi Kenangan di Saingan Akhir

Dua pelumba berpengalaman yang juga musuh ketat dalam saingan WSBK musim ini iaitu Jonathan Rea dan Alvaro Bautista menyempurnakan kedua-dua saingan Perlumbaan 1 dan 2 masing-masing dengan kemenangan di tempat pertama.

Keupayaan Rea mencatatkan masa cemerlang di sesi kelayakan telah memberinya peluang untuk bermula di posisi kedua paling baik. Namun begitu, bukan mudah buat Rea untuk keluar dari kelompok utama yang dibarisi oleh para pelumba luar biasa seperti Toprak Razgatlioglu, Bautista, Alex Lowes, Andrea Locatelli dan ramai lagi.

Rea makin lama makin selesa. Jaguh dari Great Britain ini mula mengemaskan tunggangan dengan sempurna sehingga gagal dikejar oleh Razgatlioglu yang ketinggalan di tempat kedua. Berada enam saat di depan sudah memadai buat Rea untuk meraih 25 mata.

Razgatlioglu menerima kibaran bendera penamat di tempat kedua diikuti oleh Lowes dan Locatelli di posisi ketiga dan keempat. Juara 2022, Alvaro Bautista tetap berpuas hati di tempat kelima.

Rea sekali lagi bermula dengan sempurna dalam Perlumbaan 2 dan berjaya memimpin perlumbaan untuk lima lap sebelum dipintas oleh Bautista. Kedua-dua pelumba ini memiliki kepantasan yang tidak dapat dikejar oleh para pelumba lain. Sekeras mana sekalipun cubaan Rea untuk berada di depan, serangan tersebut gagal menahan kepantasan Bautista yang akhirnya berjaya melintasi garisan penamat hanya 0.357s di depan.

Locatelli, Razgatlioglu dan Lowes bersaing rapat untuk merebut 16 mata di tempat ketiga. Dari Lap 5, Razgatlioglu berjaya di depan tetapi usahanya untuk kekal di tempat ketiga musnah apabila Lowes berjaya memotong tiga lap sebelum tamat. Razgatlioglu terpaksa menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka. Tamat di tempat kedua dan keempat di GP Australia sudah cukup buatnya untuk menutup tirai saingannya di tangga kedua keseluruhan dengan 529 mata manakala Rea juga kekal di tangga ketiga keseluruhan dengan 502 mata.

Komen Jonathan Rea: “Dia berkata: “Walaupun musim ini mengecewakan, pujian yang besar kepada Ducati di atas kecemerlangan prestasi enjin mereka. Mereka benar-benar membuat kita ingin melangkah. Jentera saya sangat stabil ketika brek dan kami dapat memberi tumpuan kepada tahap cengkaman tetapi tetap kehilangan sedikit masa ketika berada di laluan lurus.”

WorldSSP

Walaupun sudah di pusingan akhir, ucapan tahniah wajar kita berikan buat pelumba muda dari Itali iaitu Yari Montella yang berjaya menikmati podium pertamanya musim ini selepas menewaskan Nicolo Bulega dengan kelebihan dua saat di depan.

Tunggangan Montella yang penuh keyakinan membolehkan dia memimpin perlumbaan dengan selesa sekali. Montella menjadi pemenang Itali ke-16 dalam kejuaraan ini dan juga kemenangan pertama Kawasaki sejak Indonesia tahun lalu.

Bulega di tempat kedua diikuti pelumba dari Turki, Can Oncu turut menyinar di Australia untuk membawa pulang 16 mata di tempat ketiga. Naib juara keseluruhan musim, Lorenzo Baldassarri yang bermula dengan baik akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Perlumbaan 2 pula memihak kepada juara 2022 yang baru dinobatkan, Dominique Aegerter selepas membuktikan bahawa sememangnya dia layak bergelar juara. Dengan rentak cukup pantas yang gagal didekati oleh pelumba-pelumba lain, Aegerter berjaya meletakkan dirinya di tangga tertinggi podium di perlumbaan terakhirnya musim ini. Tempat kedua dimenangi oleh Federico Caricasulo manakala Baldassarri serta Bulega masing-masing di tempat ketiga dan keempat. RR

Isu Pada

Januari 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).