☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 September 2023

Jorge Martin Cemerlang di Misano, Dani Pedrosa Hampir Naik Podium

Mana satu nak kami ceritakan dulu? Perlumbaan pusingan ke-12 di Litar Misano memang sensasi! Jorge Martin 'pukul' habis para pelumba factory dalam saingan Tissot Sprint dan berjaya dapatkan momentum sama dalam saigan akhir untuk raih kemenangan muktamad. Itu memang hebat tetapi kisah Francesco Bagnaia (Pecco) yang cedera di kaki tetapi masih unggul untuk ke tangga ketiga podium pun memang handal. Tak cukup itu, pelumba lagenda MotoGP, Dani Pedrosa bagaikan dapat 'jampi' menewaskan para pelumba muda untuk tamat di tempat keempat.

Jorge Martin.
Jorge Martin.

Di Misano, Pecco mengenakan liveri dan sut perlumbaan khas berwarna serba kuning, “Giallo Ducati” yang diinspirasikan oleh 'tradisi' warna kuning yang dahulunya sering digunakan oleh pengeluar dari Itali ini pada jentera bermula pada awal tahun 1970an (750 Sport & 750 SS Desmo) dan model-model lagenda lain seperti 916, 996, 749, 999, 1199 Panigale dan beberapa siri Monster.

Permulaan saingan MotoGP di Litar Misano.
Permulaan saingan MotoGP di Litar Misano.
Pecco kelihatan menahan kesakitan sebaik sahaja tamat perlumbaan.
Pecco kelihatan menahan kesakitan sebaik sahaja tamat perlumbaan.
Perebutan awal kedudukan di podium.
Perebutan awal kedudukan di podium.

Perlumbaan kelas prima di Litar Misano menyaksikan permulaan sempurna dari Martin berjaya memberikannya kelebihan untuk berada di depan. Mengejar dengan rapat di belakang ialah Marco Bezzecchi dan Pecco yang kemudiannya memberikan tentangan sengit hampir di sepanjang saingan.

Lagenda MotoGP, Dani Pedrosa mempamerkan tunggangan yang cemerlang.
Lagenda MotoGP, Dani Pedrosa mempamerkan tunggangan yang cemerlang.
Pihak Honda sedang berusaha memberikan jentera yang lebih kompetitif & menggembirakan Marc Marquez.
Pihak Honda sedang berusaha memberikan jentera yang lebih kompetitif & menggembirakan Marc Marquez.

Pecco yang terlibat dalam kemalangan pada pusingan sebelum ini mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk cuba merapatkan diri tetapi ia bukan satu tugas mudah. Brad Binder yang pada mula memiliki rentak cukup baik untuk mengejar kelompok ini terbabas keluar litar pada lap ke-8 dan 'menyerahkan' tugasnya kepada Pedrosa yang ketinggalan 1.5s di belakang.

Marco Bezzecchi '72' gembira dengan posisi tempat kedua tetapi belum puas sepenuhnya.
Marco Bezzecchi '72' gembira dengan posisi tempat kedua tetapi belum puas sepenuhnya.
Jack Miller.
Jack Miller.

Tidak lama kemudian, Pedrosa berjaya rapat dengan kemampuannya mencatatkan masa sekitar 1:31s untuk satu lap – sangat mengagumkan. Sayangnya rentak Pedrosa itu tidak kekal lama, dia hanya mampu kekalkan kedudukan di tempat keempat sebaiknya.

Adakah disebabkan Pecco dan Bezzecchi masih dibelenggu kecederaan atau Martin yang semakin jauh...dia sudah jauh 'berdesup' di depan. Pecco akhirnya terpaksa menyerah kedudukannya selepas gagal menahan kemaraan Bezzecchi. Tanpa disedari, Pedrosa pula mengancam kedudukan tempat ketiga dan Pecco perlu hentikan kemaraan itu. Walaupun hampir-hampir tewas, Pecco kekal di tempat ketiga hingga ke garisan penamat.

Tamat perlumbaan dengan pungutan mata suatu yang boleh membakar semangat Fabio '20'.
Tamat perlumbaan dengan pungutan mata suatu yang boleh membakar semangat Fabio '20'.
Joan Mir.
Joan Mir.

Jorge Martin mencipta kemenangan di Misano dengan catatan masa 41:33.4210s diikuti Marco Bezzecchi kedua, Francesco Bagnaia ketiga dan Dani Pedrosa keempat. Pemenang podium pusingan 11, Maverick Vinales di tempat kelima diikuti Miquel Oliveira keenam.

Kedudukan Keseluruhan Selepas Pusingan 12:

  1. Francesco Bagnaia 283 mata
  2. Jorge Martin 247 mata
  3. Marco Bezzecchi 218 mata
  4. Brad Binder 173 mata
  5. Aleix Espargaro

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.