☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Oktober 2023

Aksi 'Backflip' Zarco Kembali!

Lama betul kita tak tengok pelumba Perancis, Johann Zarco melakukan aksi 'backflip' sehinggalah beberapa hari lepas apabila meraih kemenangan di Litar Phillip Island dengan cukup bergaya sekali. Zarco mempamerkan kematangannya apabila mengejar dengan sabar Jorge Martin yang memiliki peluang cerah untuk membawa pulang 25 mata penting.

Johann Zarco '5' memintas Jorge Martin di lap terakhir untuk muncul juara.
Johann Zarco '5' memintas Jorge Martin di lap terakhir untuk muncul juara.
Akhirnya....Zarco jadi juara!
Akhirnya....Zarco jadi juara!

Brad Binder terlebih dahulu membuat kejutan dengan pelumba paling awal cuba menyekat Martin yang bermula dengan cukup baik. Martin juga 'menperjudikan' nasibnya dengan menggunakan tayar jenis lembut. Kelajuan Martin memang sukar dikejar oleh pelumba lain. Belum 3 lap, dia sudah membuka jarak lebih 1 saat di depan. Berada di belakangnya ialah Binder, Fabio Di Giannantonio, Francesco Bagnaia (Pecco), Johann Zarco dan Marc Marquez.

Brad Binder hampir mendapatkan posisi di podium.
Brad Binder hampir mendapatkan posisi di podium.

Menjelang di pertengahan perlumbaan, Martin semakin hilang dari pandangan apabila sudah 3 saat di depan. Kini terdapat 'dua persaingan' iaitu di antara Giannantonio/Binder dan Zarbo/Pecco. Akhirnya kumpulan ini 'bergabung' menjadi satu.

Lima pelumba paling depan cuba mengatasi satu sama lain.
Lima pelumba paling depan cuba mengatasi satu sama lain.
Giannantonio mendapatkan podium pertamanya dalam kelas prima.
Giannantonio mendapatkan podium pertamanya dalam kelas prima.

Binder masih di depan, lima lap sahaja lagi sebelum tamat. Keadaan tayar Martin membuatkan dia terpaksa memperlahankan rentak dan ini membolehkan kelompok 4 pelumba di belakangnya itu akhirnya merapatkan diri.

Perebutan tempat ke-11 di antara Joan Mir '36', Maverick Vinales '12' & Luca Marini.
Perebutan tempat ke-11 di antara Joan Mir '36', Maverick Vinales '12' & Luca Marini.

Tiga lap kemudian, tiba-tiba Zarco, Giannantonio dan Pecco memintas Binder sekaligus di selekoh. Maka bermulalah episod kejar-mengejar di saat akhir di antara kelima-lima pelumba.

Zarco membuat serangan terhadap Martin di lap terakhir untuk merampas tempat pertama diikuti Pecco dan Giannantonio. Beberapa meter menuju ke garisan penamat, tiba masanya giliran Binder untuk mendapatkan tempat keempat. Martin gagal bertahan, tayar tidak lagi mencengkam.

Pemenang GP Australia. Dari kiri: Pecco, Zarco & Giannantonio.
Pemenang GP Australia. Dari kiri: Pecco, Zarco & Giannantonio.
Marc Marquez menamatkan saingan di Litar Phillip Island di tempat ke-15.
Marc Marquez menamatkan saingan di Litar Phillip Island di tempat ke-15.

Zarco akhirnya berjaya dinobatkan sebagai juara manakala Pecco juga cukup berpuas hati dengan 20 mata dan pastinya GP Australia memberi kenangan manis buat Giannantonio yang berjaya ke podium sulungnya. RR

Pemenang Litar Phillip Island

  1. Johann Zarco 40:39.4460
  2. Francesco Bagnaia +0.201
  3. Fabio Di Giannantonio +0.477
  4. Brad Binder +0.816
  5. Jorge Martin +1.008

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.