☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 November 2023

Pelumba Malaysia Qabil Irfan Azlan Juara MiniGP Dunia 2023

Pelumba Malaysia, Qabil Irfan Azlan mencipta sensasi selepas merangkul gelaran juara keseluruhan FIM MiniGP Siri Dunia 2023 di Valencia, Sepanyol semalam.

Pelumba berusia 11 tahun itu menaiki podium buat kali ketiga berturut-turut bagi kategori acara 160cc World Final hari ini selepas perlumbaan pertama dan perlumbaan kedua yang berlangsung pada hari sama di Litar Kart Ricardo Tormo. Beliau memenangi kedua-dua perlumbaan bagi memungut maksimum 25 mata daripada setiap perlumbaan.

Pada perlumbaan Super Final yang menawarkan kutipan mata berganda, Qabil Irfan bermula daripada barisan pertama dan akhirnya berjaya melepasi garisan penamat di tempat pertama untuk menambah 50 mata lagi.

Jalur Gemilang berkibar dengan penuh bangga. Tahniah Qabil!!
Jalur Gemilang berkibar dengan penuh bangga. Tahniah Qabil!!
Juara 'Qabil' bersama bakal juara MotoGP... Francesco Bagnaia.
Juara 'Qabil' bersama bakal juara MotoGP... Francesco Bagnaia.

"Syukur Alhamdulillah saya dapat pergi ke final dan minggu ini agak mencabar bagi saya bermula dari sesi latihan hingga ke perlumbaan sebenar. Dapat bergelar juara, dan saya nak ucapkan terima kasih kepada ZK Racing team dan emak, ayah saya yang selalu memberikan sokongan.

"Tidak lupa juga kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Litar Antarabangsa Sepang (SIC)," katanya menerusi klip video dikongsikan ZK Racing Team kepada media.

Pusingan World Final itu disertai oleh 34 pelumba daripada 17 negara. Seramai 18 negara mengambil bahagian bagi mencari juara masing-masing, dan juara-juara ini dihantar ke Valencia untuk mengambil bahagian di dalam siri perlumbaan terakhir World Final. Oleh yang demikian, pencapaian Qabil merupakan sesuatu yang amat sensasi. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.