☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Januari 2024

Dakar Rally 2024: Pasukan Monster Energy Honda Menang 1-2 Di Stage 4.

José Ignacio Cornejo meraih kemenangan peringkat kedua pada acara tahun ini dengan tunggangan dominan ke Al-Hofuf. Setelah hampir terlepas podium sulung dalam saingan Rally Dakar 2020, pelumba berusia 29 tahun itu akhirnya berjaya meraih hadiah utama.

José Ignacio Cornejo.
José Ignacio Cornejo.

Pelumba dari Chile itu mencatat kemenangan peringkat 'Stage' buat kali ke lapan dan kini meletakkannya ke puncak kedudukan keseluruhan yang kini mendahului Ross Branch. Selepas menyempurnakan servis selama dua jam diikuti berkhemah di bawah keindahan bintang, keadaan tersebut tidak menghalang pelumba daripada mencari rentak mereka dan menunggang dengan cukup bertenaga.

Rakan sepasukannya Ricky Brabec turut mempamerkan tunggangan cemerlang untuk memberikan kemenangan satu-dua buat Pasukan Monster Energy Honda. Di tempat kelima ialah Adrien Van Beveren yang mengemudi jenteranya, Honda CRF450 RALLY dan raja perlumbaan pantai Le Touquet tiga kali itu akan memburu kemenangan peringkat pertamanya tahun ini.

Selepas permulaan goyah awalnya ke Dakar 2024, Skyler Howes pula berjaya mempertingkatkan prestasinya untuk berada dalam sepuluh pelumba teratas sejak peringkat 'Stage 2'.

“Ia adalah peringkat yang baik, permukaan laluan kali ini merupakan campuran bentuk mukabumi yang menjadikan laluan lebih mudah. Rasanya lebih pantas manakala keadaan fizikal juga tidak seteruk seperti hari-hari sebelumnya. Terdapat juga beberapa bahagian navigasi yang rumit jadi saya terpaksa kekal fokus. Saya melakukan beberapa kesilapan kecil pada permulaan tetapi kemudian saya memberi lebih tumpuan untuk dapatkan rentak mantap. Esok kita mulakan perlumbaan di kawasan bukit berpasir jadi mari kita lihat bagaimana keadaannya," José Ignacio Cornejo. RR

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).