☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 Januari 2024

Pelumba Rally Dakar, Carles Falcon Meninggal Dunia di 'Stage 2'

Berita tragis dari Perlumbaan Lasak Rally Dakar yang mengesahkan pelumba Sepanyol, Carles Falcon telah meninggal dunia ketika menyempurnakan saingan Stage 2.

Pengarah Perlumbaan Dakar dilaporkan telah menyatakan hal ini kepada pihak media bahawa Falcon ditemui selepas terlibat dalam kemalangan dan pasukan perubatan sempat untuk membuat pemeriksaan sebelum dia dibawa ke hospital. Malangnya usaha itu gagal, dan Falcon disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya.

Gambar sekadar hiasan, tidak ada kaitan dengan insiden.
Gambar sekadar hiasan, tidak ada kaitan dengan insiden.

Kenyataan daripada pasukannya, TwinTrail Racing Team: “Isnin, 15 Januari. Carles telah meninggalkan kita semua. Pasukan perubatan telah mengesahkan bahawa kerosakan saraf yang disebabkan oleh 'Cardiorespiratory Arrest' ketika kemalangan itu tidak dapat dipulihkan. Carles seorang yang ceria, sentiasa aktif dan bersemangat tentang semua yang dilakukannya, terutamanya motosikal.”

“Dia tinggalkan kita ketika melakukan segala yang dia impikan iaitu berlumba di Rally Dakar. Dia sedang berseronok, dia gembira dengan motosikalnya. Kita harus mengingati senyumannya dan kegembiraan yang dibawanya buat orang lain.”

Gambar sekadar hiasan, tidak ada kaitan dengan insiden.
Gambar sekadar hiasan, tidak ada kaitan dengan insiden.

“Dia merupakan Jurutera Komputer, Tenaga Pengajar Motosikal dan seorang Pemandu Pelancong yang cukup bersemangat. Dia mengajar dengan sabar dan gembira, membuat semua orang menikmati dunia motosikal. Inilah kenangan manis yang dia tinggalkan dan kami (pasukan) akan sentiasa menyimpan segalanya bersama kami.” RR

sumber: https://www.visordown.com/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.