☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 Mac 2024

MotoGP 2024 (Litar Lusail, Qatar): Francesco Bagnaia Cipta Kemenangan Pertama Musim Ini

Selamat kembali ke MotoGP.... dan pusingan pembukaan di Grand Prix Qatar Airways Qatar mempersembahkan pertarungan yang cukup mendebarkan. Juara bertahan, Francesco Bagnaia atau Pecco (Pasukan Lenovo Ducati) membuktikan kecemerlangannya untuk bangkit daripada kekecewaan di perlumbaan Tissot Sprint untuk menjulang kemenangan sulungnya musim ini.

Francesco Bagnaia '1' memimpin perlumbaan dengan tenang.
Francesco Bagnaia '1' memimpin perlumbaan dengan tenang.

Info: Dalam perlumbaan Tissot Sprint, Pecco telah ditewaskan oleh Jorge Martin, Brad Binder dan Aleix Espargaro yang memiliki rentak lebih padu.

Para pemenang Perlumbaan Tissot Sprint. Dari kiri: Brad Binder, Jorge Martin & Aleix Espargaro.
Para pemenang Perlumbaan Tissot Sprint. Dari kiri: Brad Binder, Jorge Martin & Aleix Espargaro.

Binder '33' membuat serangan dari dalam untuk mengenepikan Martin dan muncul naib juara.
Binder '33' membuat serangan dari dalam untuk mengenepikan Martin dan muncul naib juara.
Joan Mir yakin jenteranya akan bertambah baik.
Joan Mir yakin jenteranya akan bertambah baik.

Sebaik sahaja lampu merah dipadamkan, Martin yang berada di petak pertama melakukan 'holeshot' untuk memimpin perlumbaan. Di belakangnya, Pecco berjaya memintas Binder dari dalam untuk tempat kedua dan tidak lama kemudian, Martin pula menjadi mangsa juara bertahan itu.

Pedro Acosta '37' mempamerkan tunggangan yang bertenaga dalam kemunculan pertamanya dalam kelas prima.
Pedro Acosta '37' mempamerkan tunggangan yang bertenaga dalam kemunculan pertamanya dalam kelas prima.

Turut mencuri tumpuan ialah Marc Marquez yang bersaing buat pertama kalinya dengan jentera Ducati dan pelumba rookie, Pedro Acosta yang mendapat pujian ramai. Pedro berjaya memintas beberapa pelumba senior termasuk pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez sehingga dapat berada di tempat keempat untuk seketika. Walaupun Pedro akhirnya tamat di tempat kesembilan, anak muda ini telah berjaya mencipta rekod lap terpantas, 1'52.657 saat.

Fabio Quartararo tamatkan saingan pertamanya musim ini di tempat ke-11.
Fabio Quartararo tamatkan saingan pertamanya musim ini di tempat ke-11.
Takaaki Nakagami tamatkan saingan di tempat ke-19.
Takaaki Nakagami tamatkan saingan di tempat ke-19.

Kedudukan Pecco di depan gagal dicabar oleh para pelumba lain walaupun telah cuba merapatkan diri. Brad Binder dapat mengekalkan rentaknya untuk meraih keputusan di tempat kedua selepas berhempas pulas menahan segala tekanan daripada Martin dari awal hingga akhir. Martin yang juga pemenang saingan Sprint terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. Tahniah buat Marquez yang melintasi garisan penamat di tempat keempat (satu pencapaian sangat baik) diikuti Enea Bastianini dan adiknya Alex.

Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) tamat di tempat ke-11 (di belakang Maverick Vinales) manakala Johan Zarco (LCR Honda) dan Joan Mir (Repsol Honda) masing-masing di tempat ke-11 dan ke-12. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).