☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Mac 2024

YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia Perkenalkan Barisan Pelumba Untuk Saingan ARRC 2024

Pasukan YAHAMA TEKHNE Racing Team Asia baru sahaja mengumumkan barisan para pelumba mereka yang bersaing dalam perlumbaan Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship 2024 (ARRC). Majlis pelancaran ini telah berlangsung  di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bersempena dengan acara pembuka tirai perlumbaan ARRC 2024.

Pelumba Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin akan bergandingan bersama pelumba dari Jepun iaitu Soichiro Minamimot dalam saingan ASB1000. Pada musim yang lepas, Kasma telah menduduki tempat keenam secara keseluruhan manakala rakan sepasukannya Soichiro Minamimot merupakan juara kesuluran kelas SS600. Duo pelumba ini akan menggunakan jentera Yamaha YZF-R1M untuk bersaing dengan para pelumba yang lain.

Untuk kategori SS600 pula, pelumba dari Thailand iaitu Apiwat Wongthananon dan juga pelumba Filipina, Mckinley Kyle Paz akan menggunakan jentera Yamaha YZF-R6 untuk mencabar pelumba-pelumba lain.

PERLUMBAAN 1

Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship 2024 (ARRC) memulakan saingan pusingan pertama yang berlangsung di Buriram, Thailand. Dalam perlumbaan 1, Kasma Daniel yang bermula di petak ke-10 selepas mencatatkan masa 1:35.895 di sesi ujian masa berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan. Rakan sepasukannya Soichiro Minamimot melepasi garisan penamat di tangga ketujuh.

Apiwat Wongthananon berjaya menewaskan para pelumba lain untuk menjadi juara kelas SS600 dalam perlumbaan 1. Sumber gambar: asiaroadracing.com
Apiwat Wongthananon berjaya menewaskan para pelumba lain untuk menjadi juara kelas SS600 dalam perlumbaan 1. Sumber gambar: asiaroadracing.com

Tahniah buat Pasukan Yamaha TEKHNE Racing Team Asia menerusi pelumbanya, Apiwat Wongthananon berjaya merangkul kejuaraan di perlumbaan 1 dalam kelas SS600. Manakala Mckinley Kyle Paz menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.