☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Mac 2024

WSBK 2024: Belum Capai Prestasi Terbaik - Adam Norrodin

Pelumba negara, Adam Norrodin menamatkan saingannya di Litar Catalunya dalam kedudukan yang hampir sama dalam kedua-dua perlumbaan. Dalam saingan awal, Adam bersama para pelumba lain keluar memberi cabaran dalam keadaan cuaca mendung tetapi sudah kering untuk perlumbaan Superpole yang dijadualkan pada pukul 11 pagi. Adam dilihat terpaksa bergelut untuk mendapatkan rentak yang baik. Berbekalkan semangat yang tinggi, Adam dapat mengejar beberapa pelumba di depannya tetapi sayang sekali usahanya itu dinafikan selepas kehabisan bahan api.

Perlumbaan 1, Adam melakukan yang terbaik untuk sentiasa berapa rapat dengan rakan sepasukannya Tarran Mackenzie. Kedua-dua pelumba ini memilih tayar yang berbeza dan berjaya meningkatkan rentaknya dalam lima lap terakhir. Adam berjaya mengejar Tito Rabat dan membuat serangan untuk meraih kedudukan ke-20 manakala Tarran tempat ke-16.

Perlumbaan 2 bermula pada pukul 2 petang dan sekali lagi, kedua-dua pelumba PETRONAS MIE Racing Honda membuat permulaan yang baik untuk meletakkan Adam di posisi ke-20. Adam sekali lagi menggunakan konfigurasi tayar yang berbeza kepada Tarran mendapati kedudukannya mula merosot kepada kesembilan belas menjelang di pertengahan saingan. Namun begitu, Adam berjaya meraih kedudukan lebih baik kali ini iaitu di tempat ke-18.

Adam Norrodin '27' bersama rakan sepasukannya, Tarran Mackenzie.
Adam Norrodin '27' bersama rakan sepasukannya, Tarran Mackenzie.

"Saya agak kecewa kerana jarak saya terlalu jauh dengan kumpulan hadapan dan masalah cengkaman pada tayar belakang. Saya hampir terbabas pada lap pembunaan dan tayar ini tidak dapat menampung tahap kelajuan di sepanjang perlumbaan. Untuk Perlumbaan 2, nampak ada peningkatan khususnya dari segi catatan masa," komen Adam.

Masalah cengkaman tayar masih mengganggu rentak dan saya cuba sedaya upaya untuk kekal kompetitif walapun ia bukan mudah.Dengan pemilihan tayar yang berbeza antara saya dan Tarran, kami boleh membuat ujikaji serta perbandingan," tambah  beliau.

Perlumbaan seterusnya akan diadakan di Litar Assen pada 19 hingga 21 April nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.