☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 April 2024

Lagenda MotoGP, Dani Pedrosa Bakal Beraksi Di GP Sepanyol!

Bagi peminat 'The Little Samurai' atau Dani Pedrosa, tahun ini kita akan melihat aksinya dalam perlumbaan MotoGP sebenar dalam Pusingan 4, GP Sepanyol yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Jerez penghujung bulan ini.

Penampilan Dani merupakan sebahagian daripada jadual kerja 'Test Team' KTM untuk tahun 2024 yang memberi tumpuan dalam pembangunan jentera KTM RC16 untuk musim ini. Dengan kepakaran yang dimiliki oleh Dani, pasukan KTM akan terus mempertingkatkan keupayaan jentera mereka dari masa ke semasa.

Dani telah mempamerkan tunggangan yang cukup memukau dalam penampilannya di litar Jerez dan Misano pada tahun 2023. Gaya tunggangan dan semangatnya akan dapat kita tontonkan di Litar de Jerez Angel Nieto dalam masa dua minggu lagi.

Pedrosa menamatkan perlumbaan di tempat ke-6 (Perlumbaan Sprint) dan di tempat ke-7 dalam perlumbaan akhir di GP Sepanyol tahun lalu dengan perbezaan masa hanya enam saat di belakang pemenang. Dia kemudiannya meraih keputusan yang cemerlang di GP Itali 2023 di tempat ke-4.

Dani kini berusia 38 tahun dan telah bersara daripada MotoGP pada 2018 tetapi kekal dalam industri sebagai penunggang uji dan telah berlumba sebanyak tiga kali untuk KTM. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.