☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Mei 2024

FIM MiniGP Malaysia Series: Perlumbaan Pembuka Tirai Penuh Drama. Qabil Raih Juara!

Saingan pembukaan musim 2024 kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series berakhir hari ini di Litar Lumba Tangkak, Johor dengan menobatkan Qabil Irfan meletakkan tanda aras yang tinggi untuk saingan kelas perdana 190cc dengan dua lagi kelas perlumbaan menyaksikan saingan sengit untuk kejuaraan. 

Qabil Irfan '4', dikejar hebat oleh Farish Hafiy '1', Adib Arsyad '27'
Qabil Irfan '4', dikejar hebat oleh Farish Hafiy '1', Adib Arsyad '27'

Dinaikkan ke kelas 190cc musim ini selepas kejayaannya untuk memenangi kejuaraan kelas 160cc dua musim berturut-turut dan selaku juara dunia kelas berkenaan tahun lepas, pelumba berusia 12 tahun dari Kuala Terengganu ini terus mendominasi saingan.

Adib Arsyad '27' & Asyraf Zaquan.
Adib Arsyad '27' & Asyraf Zaquan.
Para pemenang kelas 190cc diraikan!
Para pemenang kelas 190cc diraikan!
Para peserta meninggalkan khemah pasukan menuju ke sarisan permulaan.
Para peserta meninggalkan khemah pasukan menuju ke sarisan permulaan.


Selepas memenangi Perlumbaan 1 dengan menamatkan saingan dengan kelebihan 17.098 saat di hadapan juara bertahan, Farish Hafiy dalam pertarungan sejauh 18 lap itu, Qabil Irfan terus cemerlang untuk Perlumbaan 2 dengan menamatkan perlumbaan 16.031 saat di hadapan pemenang tempat kedua, Adib Arsyad. Tempat ketiga dimenangi oleh Adam Aiman dengan Farish Hafiy menduduki tempat keempat. 

Dengan kemenangan berganda ini, Qabil Irfan menduduki persada kejuaraan 190cc dengan 50 mata; dengan diikuti oleh Farish Hafiy di tempat kedua dengan pungutan 33 mata. Adam Aiman menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan 29 mata.



Dalam kelas 160cc, Airel Marzuki memaparkan tahap kematangan yang tinggi untuk bangkit pada Perlumbaan 2 selepas dinafikan kemenangan pada Perlumbaan 1 selepas dikenakan penalti tiga saat kerana kesalahan ‘jump start’, yang meletakkan beliau di tempat ketiga di belakang pelumba Vietnam, Nguyen Viet Tuan dan Qayyim Razin.

Walaupun dicabar hebat oleh Qayyim Razin sepanjang saingan 16 lap dalam Perlumbaan 2 itu, Ariel Marzuki bijak mengatur strategi perlumbaan khususnya dalam membuat pintasan ke atas Qayyim Razin pada lap yang terakhir untuk memimpin kejuaraan bersama-sama dengan Nguyen Viet Tuan dengan mengutip 41 mata.  



Dalam saingan SIC Ohvale Junior Championship 110cc, penunggang berusia sembilan tahun dari Pahang, Al-Adam Mikail mencatat kemenangan berganda untuk mengutip 50 mata kejuaraan. Pelumba Terengganu, Nufayl Darwisy muncul naib juara untuk kedua-dua perlumbaan untuk mengutip 40 mata. Hairith Fezzrul Iman, yang memenangi tempat ketiga untuk Perlumbaan 1 dan tempat kelapan untuk Perlumbaan 2, menduduki tempat ketiga dalam kejuaraan keseluruhan dengan 24 mata.



Saingan kejuaraan 2024 akan diteruskan dengan Pusingan 2 di Litar Go-kart Antarabangsa Sepang, Selangor pada 8 dan 9 Jun; sebelum beralih kepada⁠ Pusingan 3 di Litar MORAC Adventure Park, Langkawi, Kedah pada 13 dan 14 Julai. Pusingan 4 akan diadakan di Litar Lumba UNIMAP di Arau, Perlis pada 3 dan 4 Ogos sebelum saingan penutup kembali di Litar Go-kart Antarabangsa Sepang pada 19 dan 20 Oktober. 



Tiga pelumba terbaik negara dalam kelas FIM MiniGP 190 dan dua pelumba terbaik negara dalam kelas FIM MiniGP 160 akan dipilih untuk bersaing di FIM MiniGP Series World Finals, yang dijadualkan pada bulan November di Valencia, Sepanyol. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.