☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Julai 2024

ESBK: Qabil Lebih Semangat Untuk Berada di Podium

Pelumba muda negara, Qabil Irfan kembali ke litar hujung minggu ini untuk perlumbaan pusingan ke-4 Kejohanan Superbike Sepanyol (ESBK). Saingan yang berlangsung di Litar de Barcelona, Catalunya, Sepanyol diadakan pada 24hb - 28hb Ogos 2024.

Litar sepanjang 4.655 km dengan laluan lurus dan selekoh yang sukar pasti memberi cabaran buat para pelumba. Walaubagaimanapun Qabil telah melakukan latihan persendirian di litar ini sebelum pusingan ke-3 ESBK tempoh hari di mana beliau mendapatkan tempat di podium dalam kedua-dua perlumbaan di Estoril. Oleh itu, persediaan ini pasti dapat membantunya untuk bersaing dengan lebih baik pada hujung minggu ini.

"Saya sudah membuat persiapan dengan melakukan latihan bersama pelumba-pelumba di Malaysia. Sebelum pusingan ke-3 ESBK, saya telah melakukan latihan di litar Catalunya. Saya harap dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik hujung minggu ini. Doakan kejayaan saya," kata Qabil.

Selepas tiga pusingan, Qabil kini di tangga keempat secara keseluruhan dengan kutipan 72 mata. Kedudukan pertama milik Enzo Zaragoza yang mempunyai 136 mata (dengan jurang 64 mata). Qabil berazam untuk merapatkan jurang dan berusaha berada di kedudukan lebih atas lagi.

Untuk sesi kelayakan dan perlumbaan 1 tidak akan ada siaran lagsung. Tetapi para penonton boleh menonton siaran langsung untuk perlumbaan 2 di saluran Youtube RFME. Jangan lepaskan peluang untuk menyokong pelumba negara kita. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.