☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Ogos 2024

Petronas Cub Prix 2024 (Terengganu): Azroy Raih Kemenangan Pertama Musim Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu menyaksikan pelumba kelas perdana, Azroy Hakeem Anuar (HONDA ESTREMO YUZY RACING) mengesahkan kemenangan pertamanya musim ini.

Juara pusingan 6, Azroy Hakeem dari pasukan HONDA ESTREMO YUZY RACING.
Juara pusingan 6, Azroy Hakeem dari pasukan HONDA ESTREMO YUZY RACING.

Di sesi “Super-Pole” pagi tadi, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing, Md Akid Aziz terlebih dahulu mencatatkan masa terpantas 48:409s sekaligus mengambil kedudukan grid pertama dalam perlumbaan akhir. Di grid kedua adalah Azroy yang mencatat masa terpantas 48:767s diikuti Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING dengan catatan masa 48:899s di petak ketiga.

Gaya Azroy '20' ketika melintasi garisan penamat.
Gaya Azroy '20' ketika melintasi garisan penamat.
Akid '13' bermula dengan sempurna untuk memimpin perlumbaan.
Akid '13' bermula dengan sempurna untuk memimpin perlumbaan.

Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Afif dan Akid dengan pantas mengambil kedudukan hadapan diikuti oleh Azroy di P3. Masuki Lap ke-4, Azroy yang mengekori rapat berjaya memintasnya tetapi Akid pantas merebut kembali kedudukan teratas itu.

Dengan rentak yang konsisten sehingga pusingan ke-19, Azroy akhirnya berjaya memintas Akid dan terus memecut ke hadapan meninggalkan Akid di P2. Azroy memenangi perlumbaan dengan catatan masa 16'20:880s.

Permulaan saingan kelas perdana di Litar Terengganu.
Permulaan saingan kelas perdana di Litar Terengganu.
Md Faiz Zekri '15' berjaya menewaskan Md Iqbal Amri untuk meraih tempat kelapan.
Md Faiz Zekri '15' berjaya menewaskan Md Iqbal Amri untuk meraih tempat kelapan.
Md Helmi Azman '32' cuba menahan kemaraan Ahmad Darwisy ketika bersaing tempat keenam.
Md Helmi Azman '32' cuba menahan kemaraan Ahmad Darwisy ketika bersaing tempat keenam.

Azroy berkongsi, “Saya ingin mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada pasukan saya. Mereka tidak pernah berputus asa dalam mencari pelarasan terbaik untuk jentera saya. Saya juga sentiasa memberikan 100% apabila berada di atas motor. Dalam perlumbaan tadi, Akid memang sangat laju, dan saya terpaksa mengikutnya dari belakang. Dalam fikiran saya, mungkin kali ini saya hanya mampu mencapai P2. Namun, pada penghujung perlumbaan, Akid mula memperlahankan jentera, dan saya tidak pasti apa yang terjadi kepadanya."

Keceriaan pasukan HONDA ESTREMO YUZY RACING atas kemenangan Azroy.
Keceriaan pasukan HONDA ESTREMO YUZY RACING atas kemenangan Azroy.

"Dalam dua lap terakhir, dia melakukan kesilapan di chicane turn, dan saya mengambil kesempatan untuk memintasnya. Mungkin rezeki berpihak kepada saya hari ini, dan saya sangat gembira. Kini, kami akan fokus kepada perlumbaan seterusnya.” 

Pemenang tempat ketiga menjadi milik Afif dengan catatan masa 16'26:933s diikuti Kasma Daniel Kasmayudin dan Shahrol Syazras yang masing-masing di tempat keempat dan kelima. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.