☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 September 2024

Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

Pelumba terkemuka tanah air, Azlan Shah Kamaruzaman yang bersaing dalam Kejuaraan Asia Road Racing (ARRC) mengumumkan berita mengejut tentang persaraannya daripada sukan permotoran dua roda yang dikongsikan melalui satu hantaran di laman Facebook miliknya pada hari Rabu.

Menurut Azlan, keputusan persaraanya adalah sebahagian besar daripada hidupnya. Pelumba yang berasal dari Selangor itu ingin melangkah ke fasa yang baru walaupun perjalanan yang pernah dilalui, kegembiraan dan pelbagai pengalaman amat sukar untuk dilupakan.

“Ini bukanlah satu keputusan yang mudah, tetapi ia adalah keputusan yang telah saya pilih dengan penuh pertimbangan. Setiap sorakan, kata-kata semangat dan kehadiran para peminat di litar memberikan kekuatan kepada saya untuk terus berjuang di atas trek,” kata Azlan.

“Walaupun saya meninggalkan dunia perlumbaan dua roda, cinta terhadap sukan ini dan sokongan kepada penyokong-penyokong tidak akan berkurangan,” tambahnya.

Sepanjang kariernya dalam sukan permotoran, Azlan Shah pernah merangkul kejuaraan keseluruhan CP130 dalam saingan Cub Prix pada tahun 2012. Tahun 2013 pula merupakan detik manisnya selepas terpilih untuk berlumba di kejohanan dunia Moto2 bersama pasukan Honda Team Asia dan di kejuaraan ARRC (SuperSports 600cc).

Beliau telah membuat penampilan sulungnya dalam Moto2 di GP San Marino pada tahun 2013 dan menamatkan cabaran pertamanya di tangga ke-23. Cabarannya dalam Moto2 kemudian diteruskan pada tahun 2014 dan 2015. Antara pencapaian terbaiknya dalam Moto2 adalah apabila beliau menamatkan perlumban di kedudukan keempat dalam pusingan ke-15 di litar Motegi.

Di peringkat Asia, Azlan berjaya bergelar juara keseluruhan kelas Superbike 1000cc ARRC pada tahun 2019 yang menjadikan kejuaraan ketiganya selepas SuperSports 600cc pada tahun 2013 dan 2017. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).