☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Oktober 2024

Bagnaia 'Tahan' Martin Dari Terus Mara...Jurang Mata Kian Dekat!

Perlumbaan kelas prima di Litar Motegi semalam membuktikan keupayaan Francesco Bagnaia (Pecco) selaku juara bertahan untuk membawa pulang 25 mata, menewaskan Jorge Martin dengan keyakinan tinggi dan kawalan jentera yang cukup mengagumkan. Kemenangan itu juga merapatkan kedudukan di antara kedua-dua seteru itu yang kini dengan jurang 10 mata sahaja.

Permulaan yang sempurna oleh Pecco '1'.
Permulaan yang sempurna oleh Pecco '1'.
Amat penting untuk Pecco meraih kemenangan di setiap pusingan selepas ini.
Amat penting untuk Pecco meraih kemenangan di setiap pusingan selepas ini.

Litar Motegi bergema dengan sorakan ribuan peminat MotoGP sebaik sahaja perlumbaan dimulakan. Pedro Acosta yang berada di petak pertama 'dikejutkan' dengan pecutan luar biasa Pecco di awal saingan. Acosta cepat-cepat memberi respon tetapi tindakannya itu membuatkan jentera melebar - Pecco mengambil peluang untuk memecut terus ke depan. Ketinggalan di belakang ialah Brad Binder, Enea Bastianini, Marc Marquez dan Martin - keempat-empat pelumba itu sama hebat...sama kuat....saling pintas memintas.

Marc Marquez terus berjaya meraih podium.
Marc Marquez terus berjaya meraih podium.
Pedro Acosta ternyata kecewa dengan insiden yang dialaminya di awal saingan.
Pedro Acosta ternyata kecewa dengan insiden yang dialaminya di awal saingan.
Pedro Acosta.
Pedro Acosta.

Tidak lama kemudian, Acosta terbabas ke luar litar, hilang peluangnya untuk mencipta kemenangan pertamanya pada kedudukan 'Pole Position'. Martin 'naik pangkat' ke tempat kedua walaupun bermula dari P11 diikuti Binder. Namun begitu, agak sukar untuk Martin mengejar Pecco yang sudah hampir 2 saat di depan. Marquez kini di tempat keempat 'dihantui' oleh Bastianini yang makin lama makin dekat.

Brad Binder, pamerkan tunggangan penuh bertenaga.
Brad Binder, pamerkan tunggangan penuh bertenaga.
Maverick Vinales terbabas keluar litar beberapa lap sebelum tamat.
Maverick Vinales terbabas keluar litar beberapa lap sebelum tamat.

Hujan turun ketika saingan berbaki 15 lap lagi dan bendera putih dikibarkan, para pelumba kini dibenarkan untuk menukar jentera masing-masing. Namun begitu, semuanya kekal di dalam litar - satu pilihan bijak kerana matahari muncul semula tidak lama kemudian. Selepas memintas Binder, Marquez berjaya mengekalkan rentak untuk berada di tempat ketiga, mengecewakan Bastianini yang berusaha gigih mengejar dari awal saingan.

Fabio Quartararo, tempat ke-12 di Litar Motegi.
Fabio Quartararo, tempat ke-12 di Litar Motegi.
Jorge Martin '89' bermula dari petak ke-11 dan berjaya tamat selaku Naib Juara GP Jepun.
Jorge Martin '89' bermula dari petak ke-11 dan berjaya tamat selaku Naib Juara GP Jepun.
Joan Mir '36' gagal menyekat kemaraan Franco Morbidelli yang berjaya menamatkan saingan di tempat kelima.
Joan Mir '36' gagal menyekat kemaraan Franco Morbidelli yang berjaya menamatkan saingan di tempat kelima.

Pecco berjaya mencipta kemenangan kelapannya musim ini bagi menambah pungutan matanya untuk membuka peluang menewaskan Martin yang berada di puncak pungutan mata. Tempat kedua dimenangi oleh Martin diikuti Maruqez dan Bastianini. Binder yang mulanya agak selesa di tempat keempat hilang posisinya apabila dipintas Franco Morbidelli beberapa lap sebelum tamat.

Perlumbaan terakhir buat Takaaki Nakagami di Litar Motegi.
Perlumbaan terakhir buat Takaaki Nakagami di Litar Motegi.
Johann Zarco.
Johann Zarco.

Johann Zarco merupakan satu-satu wakil Honda yang beraksi cemerlang untuk tamat di tempat ke-11 manakala Fabio Quartararo kali ini tidak sebaik keputusan minggu lalu. Pelumba Perancis itu terpaksa berpuas hati di tempat ke-12. Kini tinggal empat pusingan sahaja lagi iaitu di Qatar (18-20 Oktober), Thailand (25-27 Oktober), Malaysia (1-3 November) dan Valencia (15-17 November 2024). RR

Kedudukan Keseluruhan Selepas GP Jepun:

  • Jorge Martin              392 mata
  • Francesco Bagnaia   382 mata
  • Enea Bastianini         317 mata
  • Marc Marquez           311 mata
  • Brad Binder               183 mata

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.