☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Mac 2020

Ujian Rasmi MotoGP Sepang 2020 Kehangatan Musim Baru Kian Terasa

Pada awal Februari lalu, Litar Antarabangsa Sepang kembali hangat dengan kehadiran jentera-jentera MotoGP terbaru yang hadir untuk ujian rasmi 'Sepang MotoGP Official Test'. Ujian rasmi ini amat penting buat setiap pasukan dan pelumba bagi melihat sejauh mana kemampuan atau peningkatan yang berjaya dilakukan untuk menghadapi musim baru yang bakal bermula pada bulan Mac nanti.

Persoalan sama hadir di setiap tahun... Adakah Marquez terus kebal? Dapatkah Quartararo mempamerkan keunggulannya? Apa pula persediaan Dovizioso untuk meraih gelaran juara kelas prima? Memang banyak teka tekinya.

Beberapa hari sebelum ujian rasmi, turut dijalankan ialah Sepang Shakedown Test (2-4 Februari) yang memberi peluang para penunggang uji setiap pasukan merasai dan menguji jentera yang bakal digunakan. Kemunculan juara dunia lima kali, Jorge Lorenzo sebagai penunggang uji pasukan Yamaha Racing adalah yang paling sensasi. Laman media sosial rancak dengan 1001 perbualan dan komen tentang kembalinya Lorenzo ke pasukan Yamaha setelah sekian lama bersama pasukan lain. Kemampuannya mengendalikan jentera terbaru Yamaha YZR-M1 memang hebat. Lorenzo hanya ketinggalan 1.348s di belakang pelumba terpantas, Fabio Quartararo.

Selain Lorenzo, para pelumba turut beraksi di Sepang Shakedown Test untuk pasukan Yamaha ialah Katsuyuki Nakasuga dan Kohta Nozane. Tahun ini juga berlakunya sedikit perubahan apabila diumumkan pelumba rookie juga dibenarkan 'turun' beraksi dalam Sepang Shakedown Test. Ini adalah berita yang menggembirakan buat Alex Marquez dan Stefan Bradl khususnya.

Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha SRT.
Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha SRT.

Pada 7-9 Februari 2020, setiap pasukan telah bertungkus lumus untuk memberikan talaan dan pemasangan komponen terbaru. Para pelumba juga kembali bersemangat untuk mencari keserasian. Pemenang 2019 Rookie of the Year, Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha SRT mendominasi persaingan sejak di hari pertama dengan catatan masa terbaik 1:58.349s. Dengan catatan masa yang mengagumkan itu, pelumba dari Perancis ini gagal ditandingi oleh mana-mana pelumba.

Walaupun sudah berumur 41 tahun, Rossi tetap tangkas untuk berada di antara lima pelumba terpantas.
Walaupun sudah berumur 41 tahun, Rossi tetap tangkas untuk berada di antara lima pelumba terpantas.

Dua jagoan Yamaha, Valentino Rossi dan Maverick Vinales turut positif dan berpuas hati dengan keputusan masing-masing dan bersedia untuk menyahut cabaran baru. Vinales telah memperbaharui kontraknya bersama pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dan akan digandingkan dengan Fabio Quartararo pada tahun 2021. 'The Doctor' turut akan mengumumkan masa depannya di dalam MotoGP pada tahun ini juga. Desas-desus mengatakan dia akan ke pasukan Petronas Yamaha SRT... kita tunggulah pengumumannya nanti!

Marc Marquez (93) & adiknya Alex Marquez (73) dalam pasukan Repsol Honda Racing.

Bagi pasukan Repsol Honda Racing, kecederaan juara mereka, Marc Marquez yang masih belum pulih agak membimbangkan. Dalam masa tiga hari ujian dijalankan, Marquez agak jauh ketinggalan berbanding para pelumba lain. Bagi mereka yang belum tahu, musim 2020 bakal menjadi sejarah baru buat pasukan Repsol Honda Racing dan MotoGP apabila Marc Marquez dan adiknya, Alex Marquez akan digandingkan bersama. Alex yang juga juara Moto2 2019 berjaya menjadi pelumba rookie terpantas di sesi ujian masa Sepang.

Alex Rins cepat menyesuaikan diri dengan karektor jentera dan tayar terbaru.
Alex Rins cepat menyesuaikan diri dengan karektor jentera dan tayar terbaru.

Pasukan Suzuki menutup tirai sesi ujian dengan penuh keyakinan. Alex Rins terus berusaha gigih menyesuaikan diri dengan casis dan talaan terbaru. Dia turut sempat mencuba tayar Michelin terbaru dan amat gembira dengan progres yang dicapainya dan pasukan sepanjang tiga hari di Malaysia. Rakan sepasukannya Joan Mir menghabiskan hari-hari terakhir dengan menyempurnakan sistem elektronik dan segala talaan pada jentera GSX-RRnya. Mir turut menggunakan simulasi perlumbaan untuk cepat mahir mengendalikan jentera barunya.

Tiga hari penuh debaran akhirnya telah memberi kepuasan buat pasukan Aprilia Factory Racing yang dibarisi oleh para pelumba cukup hebat mereka seperti Aleix Espargaro, Bradley Smith (penunggang uji) dan Lorenzo Savadori (penunggang uji). Jentera RS-GP hadir ke Malaysia selepas kerja keras tanpa henti yang dilakukan oleh kakitangan Aprilia cukup yakin dengan kemampuannya. Walaupun belum siap sepenuhnya, Aleix dan Smith cukup kagum dengan keseluruhan prestasinya. Pasukan Aprilia mampu untuk menyempurnakan segalanya sebelum hari pembukaan MotoGP berlangsung nanti.

Petrucci (9) sudah semakin serasi tetapi Dovizioso pula berdepan dengan masalah cengkaman.

Pasukan Ducati terus positif walaupun para pelumbanya dilihat agak sukar untuk mendapatkan rentak sepantas para pencabarnya. Pengurus Besar Ducati Corse, Gigi Dall’Igna agak gembira dengan penambahbaikan yang lebih baik berbanding musim lalu. Dovizioso dan Petrucci pula memberi tumpuan penuh untuk memahami karaktor tayar terbaru Michelin dan talaan pada jentera Desmosedici GP20. Selepas tiga hari di Sepang, Dovizioso dan Petrucci masing-masing menamatkan cabaran di tempat ke-15 dan ke-6.

Crutchlow turut memberi maklum balas yang cukup positif terhadap beberapa talaan terkini.
Crutchlow turut memberi maklum balas yang cukup positif terhadap beberapa talaan terkini.

Para pelumba lain yang turut sama berhempas pulas mencari rentak dan keserasian dengan talaan serba baru ialah Carl Crutchlow dan Takaaki Nakagami dari pasukan LCR Honda, Fancesco Bagnaia dari Ducati Pramac Racing dan ramai lagi.

Selepas Malaysia, para pelumba akan terbang ke Litar Antarabangsa Losail, Qatar untuk satu lagi sesi ujian pada 22-24 Februari 2020. Perlumbaan sulung MotoGP 2020 akan berlangsung di litar yang sama pada 8hb Mac 2020. RR

Isu Pada

Mac 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.