☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Januari 2025

Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

Perlumbaan MotoGP tahun ini pastinya bertambah menarik...bertambah sengit dengan kehadiran secara rasminya pasukan Ducati Lenovo bersama-sama dua jagoan mereka iaitu Francesco Bagnaia dan Marc Marquez yang bakal memacu jentera Ducati Desmosedici GP25. Ya... bagi peminat dunia perlumbaan dua roda, dua nama itu tidak perlu untuk diperkenalkan lagi.

Jentera Desmosedici GP25 masih kekal dengan warna merah garang dengan perincian neon di beberapa bahagian. Bahagian fairing dipenuhi dengan logo para penaja manakala sistem ekzos tinggi di belakang menambah karaktor 'nakal'nya.

Tirai pembukaan saingan MotoGP 2025 untuk pasukan merah ini akan dimulakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 5hb hingga 7hb Februari ini untuk sesi ujian rasmi. (Ujian Shakedown di jalankan lebih awal iaitu pada 31 Jan/1 Feb di SIC - pelumba: Michele Pirro).

Menurut CEO Ducati Motor Holding, Claudio Domenicali menyifatkan pasukan yang mempunyai dua orang Juara Dunia ini akan memberikan inspirasi kepada seluruh pasukan. Francesco Bagnaia (Pecco), pakar dengan segala pakej Ducati dalam perlumbaan ini. Dibuktikan dengan anugerah juara sedunia dan telah menyumbang banyak podium dan kejayaan buat pasukan Ducati sejak beberapa tahun kebelakangan ini."

"Marc Marquez pula semestinya seorang pelumba yang mempunyai bakat dan pengalaman yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Ducati sentiasa percaya pada kebolehan kami, dan mampu untuk membuat pelaburan seterusnya bagi mencipta jentera terpantas di grid. Dari sudut perniagaan pula, kemenangan yang dicapai itu akan memberi impak dari segi rekaan dalam pembangunan jentera jalanan."

Francesco Bagnaia:

"Ini merupakan musim kelima buat saya bersama Ducati Lenovo Team. Saya akan kembali ke trek dengan nombor 63 selepas musim 2024 yang tidak begitu menggembirakan. Maksud saya tidak dapat gelaran dunia. Walaupun ia musim yang sukar, saya telah mencapai beberapa rekod. Saya belajar banyak perkara dan cuba manfaatkan setiap situasi. Tahun ini, saya mempunyai rakan sepasukan baru dan merupakan serorang pelumba yang kuat dan berdaya saing.  Sudah pasti ia akan lebih mencabar, saya akan cuba untuk mengambil peluang dan menghadapi musim baru dengan semangat yang sama seperti biasa”.

Marc Marquez:

"“Saya sangat gembira berada di sini dengan memakai warna rasmi Ducati Lenovo Team. Saya buka musim MotoGP baharu yang menandakan permulaan apa yang saya anggap sebagai cabaran paling penting dalam karier saya. Semasa musim sejuk ini saya telah dapat memutuskan sambungan sedikit tetapi saya juga mempunyai masa untuk latihan keras dan kini saya berasa bersedia untuk tahun baharu yang akan mencabar dan mengujakan.

Saya sangat tidak sabar untuk meneruskan kerja yang kami mulakan pada sesi ujian Montmeló November lalu dan kembali menunggang motosikal di Sepang dan kemudian di Buriram. Matlamat jangka pendek pertama saya adalah untuk menikmati menunggang kerana saya tahu bahawa kami akan meraih kejayaan suatu hari nanti." RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.