☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Februari 2025

Minggu Sukar Untuk Razgatlioglu... Hatrik Buat Bulega!

Hanya mampu membawa pulang 20 mata sahaja. Itulah keputusan yang dicapai oleh Juara WorldSBK 2024, Toprak Razgatlioglu (RoKiT BMW Motorrad WorldSBK Team) dalam perlumbaan sulung musim ini selepas meraih tempat kedua dalam Perlumbaan 1. Walaupun cuba memperbaiki keputusan awal, masalah teknikal yang dihadapi dalam Perlumbaan 2 menyebabkan Razgatlioglu tidak dapat meneruskan saingannya di Litar Philip Island seperti mana yang diharapkan.

Masalah teknikal menyebabkan Toprak Razgatlioglu terpaksa bersara awal.
Masalah teknikal menyebabkan Toprak Razgatlioglu terpaksa bersara awal.

Segalanya tidak berjalan lancar. Pertama, dia hanya berada di P13 selepas melebar pada lap awal dalam saingan pembukaan Perlumbaan Tissot Superpole dan ia adalah keputusan yang cukup mengecewakkannya. Prestasi Razgatlioglu lebih positif sebaik sahaja Perlumbaan 1 dijalankan. Namun begitu, pelumba dari Turki ini kelihatan sukar untuk menyaingi pencabarnya dan mula kehilangan rentak di setiap lap. Razgatlioglu tewas di tangan pencabarnya, Nicolo Bulega dengan jarak hampir 5 saat.

Sejarah baru buat Nicolo Bulega yang berjaya melakukan hatrik di Litar Philip Island.
Sejarah baru buat Nicolo Bulega yang berjaya melakukan hatrik di Litar Philip Island.
ALvaro Bautista '19' berjaya mengekalkan kedudukan daripada di pintas Scott Redding untuk meraih tempat kedua.
ALvaro Bautista '19' berjaya mengekalkan kedudukan daripada di pintas Scott Redding untuk meraih tempat kedua.

"Dalam Perlumbaan 2 kami cuba memperbaiki talaan motosikal, tetapi kami memutuskan untuk menggunakan jentera semalam kerana saya rasa kami prestasi dan cengkamannya lebih baik daripada sebelum ini. Tetapi dalam perlumbaan, kami mula melihat ada sesuatu yang tidak kena, jadi kami memutuskan untuk tidak meneruskan perlumbaan.”

Andrea Iannone berpuas hati dapat kembali ke podium.
Andrea Iannone berpuas hati dapat kembali ke podium.
Minggu sempurna buat Bulega.
Minggu sempurna buat Bulega.

Dalam pusingan pertama ini, jentera Ducati pailng menonjol dengan mengungguli sekurang-kurangnya 6 tempat teratas. Pastinya saingan kali ini memberikan kenangan buat Nicolo Bulega yang berjaya mencipta kemenangan hatrik dalam kariernya.

Danilo Petrucci raih tempat ketiga dalam saingan Superpole.
Danilo Petrucci raih tempat ketiga dalam saingan Superpole.

Mengimbas kembali hatrik WorldSBK pertamanya, Bulega berkata: “Saya sangat gembira kerana ini adalah hatrik pertama saya dalam superbike, perasaan yang luar biasa dan menakjubkan untuk melakukannya di trek kegemaran saya dan sekarang saya mahu pulang ke rumah untuk meraikannya."

Bulega amat berpuas hati dengan talaan yang dilakukan pasukannya.
Bulega amat berpuas hati dengan talaan yang dilakukan pasukannya.

"Saya sangat berbangga dengan tugas yang dilakukan oleh pasukan saya, jentera saya sempurna sepanjang minggu. Saya dapat mengerahkan seluruh tenaga jentera saya di setiap lap dan terima kasih banyak kepada mereka.”

Aksi awal dalam saingan kelas prima di Australia.
Aksi awal dalam saingan kelas prima di Australia.
Iannone mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga untuk berada di podium dalam saingan Superpole dan Perlumbaan 2..
Iannone mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga untuk berada di podium dalam saingan Superpole dan Perlumbaan 2..
Barisan para pelumba yang bersaingan dalam kelas WorldSBK 2025.
Barisan para pelumba yang bersaingan dalam kelas WorldSBK 2025.

Hatrik Bulega bermakna dia menjadi pelumba kelima yang memperoleh tiga kemenangan dalam satu pusingan, mengikut jejak langkah Bautista dan Razgatlioglu, Danilo Petrucci (Barni Spark Racing Team) dan Juara enam kali Jonathan Rea (Pata Maxus Yamaha). Ia juga merupakan kali ke-22 seorang pelumba memenangi setiap perlumbaan dalam satu pusingan sejak format tiga perlumbaan diperkenalkan. Kini namanya tercatat dalam buku sejarah WorldSBK. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.