Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 April 2025

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini dengan meraih kemenangan dalam Perlumbaan 1 (P1) dan Perlumbaan 2 (P2). Saingan P1  yang berlangsung pada 5 April dijalankan dalam cuaca yang cukup sempurna.

Bermula dari petak ke-5, Qabil pantas mempamerkan aksi bertenaga untuk mendahului dan mengetuai perlumbaan sehingga ke lap terakhir. Pelumba bernombor 49, Izan Rodriguez, mengekori rapat sejak awal dan beberapa kali mencuba untuk memintas, namun Qabil kekal tenang mempertahankan kedudukan.

Qabil '4' mengekori Izan cukup rapat untuk mencari peluang memintas.
Qabil '4' mengekori Izan cukup rapat untuk mencari peluang memintas.

Pada lap terakhir di Selekoh 8, Izan akhirnya memintas Qabil. Namun, Qabil tidak berputus asa dan terus mengekori rapat sebelum melakukan aksi berani dengan memintas semula dari dalam di selekoh terakhir. Dengan kelebihan itu, Qabil memecut ke garisan penamat tanpa dicabar oleh Izan.

Zulfahmi Khairuddin 'memegang payung' cukup berbangga dengan pencapaian Qabil.
Zulfahmi Khairuddin 'memegang payung' cukup berbangga dengan pencapaian Qabil.
Qabil '4' berjaya menahan kemaraan Izan untuk muncul juara dalam Perlumbaan 1 & 2.
Qabil '4' berjaya menahan kemaraan Izan untuk muncul juara dalam Perlumbaan 1 & 2.

Qabil turun beraksi ke Perlumbaan 2 kini dengan lebih meyakinkan. Kali ini dia bermula di petak paling depan dan sekali lagi mempamerkan tunggangan yang cukup mantap dan konsisten. Sebaik sahaja lampu hijau dipadamkan, Qabil melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan.

Menjelang lap kedua, pelumba #49, Izan Rodriguez sekali lagi menjadi pencabar utama. Dia mula mengejar rapat dan persaingan sengit berlaku antara kedua-duanya berulang seperti dalam P1 pada hari sebelumnya. Kedua-dua pelumba ini beraksi cukup berani dengan aksi pintas-memintas yang mendebarkan sepanjang perlumbaan.

Lap terakhir menjadi detik paling mendebarkan apabila aksi saling memintas bermula seawal selekoh pertama. Qabil berjaya melakukan overtake di selekoh kedua terakhir dan mula menjarakkan diri daripada Izan.

Tidak seperti P1, Qabil lebih tenang dan tidak tertekan ketika mengharungi  lap-lap terakhir seterusnya meneruskan kibaran bendera penamat di tempat pertama dengan selesa.

“Alhamdulillah, saya berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan. Dalam Race 1, saya memulakan perlumbaan dengan baik dan cuba untuk mencipta jarak, tetapi Izan sentiasa berada rapat di belakang saya. Saya cuba beri laluan untuk Izan mengambil alih, namun dia tetap kekal di belakang. Saya terus fokus dan push sehingga lap terakhir apabila Izan memintas saya di selekoh ke-8. Saya terus mengejar dan akhirnya berjaya memintas semula di selekoh terakhir untuk menamatkan perlumbaan di hadapan," komen Qabil.

Semoga Qabil terus konsisten mencipta kemenangan.
Semoga Qabil terus konsisten mencipta kemenangan.

Untuk Race 2, saya tahu Izan adalah pencabar utama. Perlumbaan sangat sengit dengan aksi pintas-memintas antara kami berdua. Di lap terakhir, saya cuba untuk kekal di depan, tetapi Izan memberi tekanan dan berjaya memintas saya. Namun, saya tidak berputus asa dan akhirnya berjaya memintas semula di selekoh kedua terakhir. Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Belia & Sukan (KBS), PETRONAS Sepang International Circuit, Terengganu Inc, ZK Racing, RCB serta seluruh rakyat Malaysia yang terus menyokong dan mendoakan kejayaan saya,” tambah Qabil.

Pusingan ke-2 ESBK akan berlangsung pada 9 hingga 11 Mei ini di lokasi litar yang akan diumumkan kelak RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

Akid Aziz sertai pasukan VOGE AS25 Racing Team dalam saingan CP150.

Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.