☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 Mei 2025

Podium Berganda Untuk SUZUKI di MSBK

Tahniah buat pasukan factory AMI Suzuki Motorsport dan pasukan satelit iaitu Mobilub Suzuki Racing Team meraih kedudukan di tangga podium dalam perlumbaan pusingan satu Aeon Credit MAM Malaysia Superbike Championship yang berlangsung di litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pada 9hb hingga 11hb Mei 2025.

Adam 'kanan' pelumba AMI Suzuki Motorsport di kedudukan podium.
Adam 'kanan' pelumba AMI Suzuki Motorsport di kedudukan podium.

Adam Norrodin yang mewakili pasukan kilang telah menampilkan tunggangan yang cukup hebat sekali dengan menamatkan perlumbaan satu dan dua kelas MSBK1000A dalam kedudukan podium dengan menamatkan perlumbaan ditempat ketiga.

Adam menunggang jenetra Suzuki GSX-R1000R menunjukkan prestari yang sangat konsisten dari awal perlumbaan sehinggalah ke garisan penamat. Adam kini ditangga ketiga keseluruhan dengan kutipan 32 mata.

Untuk pusingan pembukaan ini, bukan sahaja pelumba kilang, tetapi pasukan satelit Suzuki juga menunjukkan prestasi yang cemerleang dalam kelas MSBK1000B. Pasukan Mobilub Suzuki Racing Team menerusi pelumbannya Theva Kumaran memperolehi kedudukan ketiga keseluruhan selepas menamatkan cabarannya di tempat ketiga dan kedua di kedua-dua perlumbaan. Tahniah buat Adam dan Thevan!

Saingan MSBK pusingan kediu akan berlangsung pada 4hb - 6hb Julai 2025 di litar Antarabangsa PETRONAS Sepang. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).