☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 September 2025

Alex Bangkit Untuk Dominasi Litar Catalonia

Litar Catalunya, Sepanyol: Saingan MotoGP 2025 terus membara apabila Alex Marquez mencuri tumpuan dengan kemenangan bergaya di Grand Prix Catalonia, sekaligus menamatkan rentetan kemenangan abangnya, Marc Marquez yang sebelum ini bagaikan tiada pesaing terdekat. Aksi dramatik di Catalunya menyaksikan dominasi penuh jentera Ducati sepanjang hujung minggu, dengan kemenangan dalam kedua-dua Sprint Race dan semestinya Grand Prix utama.

Alex Marquez cukup puas dengan kemenangannya.
Alex Marquez cukup puas dengan kemenangannya.

SPRINT TEST: Marc Marquez membuktikan ketangkasannya dengan merangkul kemenangan dalam perlumbaan ini selepas insiden dramatik yang menyaksikan adiknya  A. Marquez terbabas ketika mendahului perlumbaan. Insiden itu membuka ruang buat Marc untuk memecut dengan lebih tetang seterusnya meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam acara ini.

Keputusan Perlumbaan Sprint:

  1. Marc Márquez (Ducati)
  2. Fabio Quartararo (Yamaha)
  3. Fabio Di Giannantonio (VR46 Ducati)

Kemenangan ini turut menyumbang kepada kejayaan Ducati merangkul gelaran Konstruktor musim ini walaupun musim masih berbaki beberapa pusingan. Tahniah buat Ducati!

Sekali lagi pasukan Ducati menang acara berpasukan.
Sekali lagi pasukan Ducati menang acara berpasukan.

Perlumbaan akhir:

Alex Márquez bangkit dengan penuh semangat pada hari Ahad, mencipta kemenangan emosional di hadapan penyokong tuan rumah. Pelumba Gresini Ducati itu berjaya mendapatkan rentak seperti yang diidamkan untuk menewaskan abangnya Marc dalam pertarungan dua orang ahli keluarga yang dinanti-nantikan ramai. Mereka berdua malin mencabar...mengacah untuk kekal di depan dan akhirnya A. Marquez meraih kemenangan sulungnya musim ini.

Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan di tempat ke-5.
Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan di tempat ke-5.

Pertarungan bersaudara antara Alex dan Marc Marquez sememangnya menjadi tumpuan utama dan inilah kali pertama Alex mengatasi abangnya buat kali pertama musim ini.Dominasi Ducati semakin kukuh dengan kedudukan 1–2 dalam perlumbaan utama serta 3 pelumba dalam Top 4. Enea Bastianini juga mencuri perhatian apabila naik podium buat kali pertama musim ini bersama pasukan Tech3, manakala pelumba muda sensasi, Pedro Acosta (KTM), menamatkan perlumbaan di tempat ke-4.

Tahniah juga buat pasukan Yamaha menerusi pelumbanya Fabio Quartararo yang mengakhiri saingan di tempat kelima memandangkan kesukaran yang mereka alami musim ini. Fabio juga meraih tempat kedua dalam saingan Sprint Test.

Saingan akhir untuk pasukan Honda pula dicapai oleh prestasi Luca Marini yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-8 dan sayangnya Joan Mir tidak berjaya menamatkan cabaran selepas terlibat dalam kemalangan. Aleis Espargaro pula sekadar di tempat ke-17. Jujurnya, pasukan Honda telah mula menunjukkan peningkatan. Contohnya, Joan Mir berjaya mencatatkan masa terpantas di sesi Free Practice dan ini menggambarkan jentera RC213V semakin kompetitif.

Luca Marini '10 tenang menghadapi serangan.
Luca Marini '10 tenang menghadapi serangan.
Enea Bastianini raih tempat ketiga dalam perlumbaan akhir.
Enea Bastianini raih tempat ketiga dalam perlumbaan akhir.

Marc Márquez masih mendahului carta kejuaraan, namun kegagalan menamatkan GP dengan kemenangan menunda peluangnya untuk mengesahkan takhta Sang Juara. RR

Keputusan Akhir:

  • Alex Márquez (Gresini Ducati)
  • Marc Márquez (Ducati Lenovo Team)
  • Enea Bastianini (Tech3 GasGas)
Alex Rins.
Alex Rins.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).