☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 September 2025

Marc Marquez Rai Gelaran Juara Dunia MotoGP Lebih Awal atau Sebaliknya?

Lebih 2,000 hari selepas kali terakhir pelumba dari Ducati Lenovo Team iaitu Marc Marquez dinobatkan sebagai juara dunia MotoGP kini berada di ambang untuk merampas kembali takhta. Sejak kejayaannya pada musim 2019 yang meraikan gelaran keenam, Mar Marquez melalui detik sukar selepas melakukan pelbagai pembedahan, tiga siri kecederaan dan pertukaran pasukan.

Sejak dari itu pelbagai persoalan berlegar-legar adakah dia mampu kembali ke puncak seperti sebelum-sebelum ini? Menjelang GP di Jepun pada hujung minggu ini, segala persoalan semakin jelas. Walaupun baki perlumbaan masih tinggal enam pusingan, pelumba dari Sepanyol itu boleh mengesahkan gelaran juara dunia buat kali ketujuh jika nasib menyebelahinya di litar Motegi nanti, ini kerana Marquez mempunyai kelebihan 185 mata sebagai pendahulu keseluruhan.

Namun begitu, satu-satunya pelumba yang mampu mengagalkan harapan Marc Marques untuk bergelar juara lebih awal iaitu adiknya, Alex Marquez. Pelumba dari pasukan BK8 Gresini Racing menuikmati musim yang cukup baik dalam kariernya dengan kemenangan GP lebih daripada satu. Alex turut mempunyai rekod manis apabila beliau meraih kemenangan GP pertamanya dalam moto3 pada tahun 2013. Walaupun peluang untuk merampas takhta semakin tipis, Alex juga semakin hampir untuk merebut gelaran Best Independent Rider pada musim ini.

Persaingan tempat ketiga menyaksikan 'perang saudara' Akademi VR46 antara Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) dan Marco Bezzecchi (Aprilia Racing). Pecco yang kini di tangga ketiga mempunyai kelebihan 8 mata, namun momentun semasa lebih memihak kepada Bezzecchi. Mampukah Pecco bertahan untuk terus berada di tiga kelompok teratas? Walaubagaimanapun, litar Motegi mampu mengubah segalanya, malah memberi ruang untuk Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) bangkit.

Franco Morbidelli dan Fabio Di Giannantonio dari Pertamina Enduro VR46 turut mengekori rapat, hanya dipisahkan satu mata. Juara bertahan Jorge Martin (Aprilia Racing) pula sedang berusaha mengembalikan rentaknya selepas menghadapai awal musim yang sukar.

Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) kembali menunjukkan taring dengan bermula di barisan hadapan di Misano, namun masih bergelut mengekalkan prestasi ketika perlumbaan bermula. Sementara itu, Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing) kini berada di atas Quartararo dalam kedudukan keseluruhan, manakala Ai Ogura (Trackhouse MotoGP) bakal membuat penampilan sulung di pentas MotoGP di tanah airnya.

Motegi yang dianggap ‘rumah’ buat Honda dan Yamaha bakal menjadi pentas penting buat kedua-dua pengeluar dari Jepun itu. Quartararo dan rakan sepasukan Alex Rins dijangka mengetuai cabaran Yamaha, manakala Jack Miller dan Miguel Oliveira dari Prima Pramac Yamaha. Miller yang pernah menang di litar Motegi ketika bersama Ducati mahu mengulangi mengulangi kejayaan tersebut. 

Honda pula menampilkan barisan yang penuh motivasi. Johann Zarco (Castrol Honda LCR) merupaka pelumba Honda terbaik dalam kedudukan keseluruhan, manakala Luca Marini (Honda HRC Castrol) pula semakin menunjukkan peningkatan selepas pulih dari kecederaan. Joan Mir (Honda HRC Castrol) perlu bangkit dan berusaha untuk berada dalam sepuluh kelompok pelumba teratas. Pelumba wildcard, Takaaki Nakagami menambahkan lagi kehangatan sebagai pelumba tempatan kedua di Jepun nanti.

Pentas MotoGP musim 2025 bakal menyaksikan detik bersejarah apabila Marc Marquez berpeluang besar untuk merangkul gelaran juara dunia buat kali ketujuh. Hampi enam tahun selepas kali terakhir pelumba dari Sepanyol itu menjulang trofi juara dunia. Grand Prix Jepun hujung minggu ini dijangka menjadi saksi sama adakah nombor #93 mampu menutup kisah kebangkitan paling dramatik dalam sejarah sukan permotoran moden. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).