Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Oktober 2025

Acosta Catat Masa Terpantas di Sepang, Bagnaia ke Q1

Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) mempamerkan prestasi mengagumkan pada sesi latihan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, apabila mencatat masa terpantas 1:57.559 saat, mengatasi Johann Zarco (CASTROL Honda LCR) dengan perbezaan 0.019 saat. Jack Miller (Prima Pramac Yamaha MotoGP) melengkapkan kedudukan tiga terbaik dalam sesi yang penuh dramatik ini.

Walaupun Acosta terjatuh di selekoh ke-10 pada awal sesi tanpa mencatat sebarang masa selama 20 minit pertama, pelumba dari Sepanyol itu bangkit untuk menamatkan latihan sebagai pelumba terpantas. Beliau layak ke sesi Q2 bersama sembilan lagi pelumba lain.

Keadaan cuaca yang tidak menentu turut menambah cabaran apabila hujan mula turun pada penghujung sesi, menyebabkan kebanyakan pelumba bergegas mencatat masa terbaik sebelum keadaan litar menjadi basah. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) yang sedang memburu naib juara keseluruhan musim ini turut terus layak ke sesi Q2 walaupun mengalami dua insidan jatuh pada hari yang sama.



Walaubagaimanapun, nama-nama besar seperti Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team), Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing MotoGP), Raul Fernandez (Trackhouse MotoGP Team) dan Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) terppaksa berpuas hati dengan keputusan sesi latihan pada hari Jumaat selepas gagal berada di sepuluh kelompok terbaik, sekali gus menyaksikan mereka perlu beraksi pada sesi kelayakan pertama, esok.

10 Pelumba Terpantas Hari Jumaat:

  1. Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing)
  2. Johann Zarco (CASTROL Honda LCR)
  3. Jack Miller (Prima Pramac Yamaha MotoGP)
  4. Joan Mir (Honda HRC Castrol)
  5. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP)
  6. Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team)
  7. Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team)
  8. Pol Espargaro (Red Bull KTM Tech3)
  9. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  10. Alex Rins (Monster Energy Yamaha MotoGP)

Sesi kelayakan (Q1 dan Q2) dijadualkan berlangsung pada pagi Sabtu, diikuti dengan perlumbaan Tissot Sprint, yang dijangka menyajikan saingan sengit dan penuh kejutan di Sepang. RR

Gambar: MotoGP

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Tahniah buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING iaitu Md Helmi Azman menjuarai siangan CP150 Pusingan 5.

Model Baru

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.