☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Oktober 2025

Pecco Menang Perlumbaan Sprint, Alex Sahkan Kedudukan Kedua Keseluruhan

Francesco Bagnaia meraih kemenangan bergaya dalam perlumbaan Sprint di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pada hari Sabtu manakala Alex Marquez menamatkan saingan musim ini selaku naib juara keseluruhan kelas prima. Rakan sepasukan Alex, Fermin Aldeguer dinobatkan sebagai Rookie of the Year 2025.

Juara dunia dua kali itu menampilkan prestasi luar biasa sejak awal perlumbaan. Pecco bermula di petak pertama sebelum menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 2,2 saat di hadapan Alex. Kemenangan Alex di tangga kedua podium dalam perlumbaan Sprint telah mencatat sejarah dalam kempen MotoGP 2025 apabila adik beradik Marquez mendominasi kedudukan 1-2 kejuaraan dunia GP25.

Ruangan paddock Gresini menampilkan suana meriah apabila Aldeguer berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Walaubagaimanapun beliau di kenakan penalti sebanyak lapan saat selepas didapati melanggar peraturan teknikal berkaitan tekanan tayar minimum, sekali gus menyaksikan Acosta naik ke kedudukan ketiga.



Pada awal pusingan, Pecco memipin dengan yakin manakala Pedro Acosta dan Franco Morbidelli cuba mengejarnya. Joan Mir turut bersaing hebat untuk berada di kolompok hadapan, namun beliau terjatuh di selekoh ke-9 ketika merebut tangga podium. Kelebih ini membuka ryuang buat Aldeguer untuk mencabar kedudukan Acosta.

Aldeguer kemudian merampas kedudukan ketiga di selekoh ke-9, namun masa yang ada tidak cukup untuk memintas rakan sepasukannya. Sementara itu, perlumbaan pada hari Sabtu suram buat pasukan Honda HRC Castrol apabila giliran Luca Marini pula tersingkir selepas insiden bersama Pol Espargaro.

Pecco terus unggul sehingga ke garisan penamat untuk mencatat kemenangan Sprint daripada petak pertama. Márquez mengekalkan tempat kedua, manakala penalti lewat Aldeguer menyaksikan Acosta menaiki podium di tempat ketiga. Morbidelli menamatkan perlumbaan di P5 di belakang Quartararo, diikuti Marco Bezzecchi (P6), Zarco (P8) dan Bastianini (P9). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.