☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 November 2025

Hakim Danish Sertai Dua Pusingan Akhir Moto3 di Portugal & Valencia

Pelumba muda negara, Hakim Danish, bakal turun beraksi dalam dua pusingan terakhir Moto3 musim ini di GP Portugal pada 7–9 November dan GP Valencia pada 14–16 November.

Danish akan mewakili pasukan MT MSI Racing Team bagi menggantikan pelumba tetap iaitu Ryusei Yamanaka yang terpaksa berehat akibat kecederaan. Peluang ini menjadi satu pengalaman berharga serta medan persediaan penting buat Hakim Danish menjelang kempen penuhnya dalam Moto3 World Championship 2026.

Dengan baki dua pusingan FIM JuniorGP World Championship dan dua perlumbaan Moto3, bulan November dijangka menjadi antara tempoh paling sibuk dalam karier pelumba berusia 18 tahun itu.

 “Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada MSI Racing Team kerana memberi saya peluang untuk beraksi dalam dua pusingan terakhir musim GP 2025. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mempelajari sebanyak mungkin dan menyesuaikan diri dengan jentera Moto3, yang sememangnya berbeza dengan jentera yang pernah saya tunggang di Rookies Cup dan JuniorGP," kata Hakim Danish.

Menurut Zulfahmi Khairuddin, "Pertama sekali saya ingin mengucapkan semoga cepat sembut kepada Ryusei Yamanaka diatas kecederaan yang dialami. Terima kasih kepada MT MSI Racing Team kerana memberi Hakim Danish peluang melalui seat wildcard untuk dua pusingan terakhir GP. Ini merupakan ujian yang berharga bagi Danish untuk lebih mengenali pasukan dan jentera sebelum memulakan musim penuh tahun hadapan. Secara jujur, saya tidak meletakkan sebarang jangkaan terhadap keputusan, namun saya berharap dia akan kekal kompetitif sepanjang kedua-dua perlumbaan." RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.