☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Disember 2025

ARRC: Kasma Juara SS600 2025

Perlumbaan pusingan akhir IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand menyaksikan Kasma Daniel Kasmayudin pelumba pasukan HONG LEONG YAMAHA RACING dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori SS600.

Sebaik sahaja perlumbaan dua bermula, pelumba pasukan YAMAHA THAILAND RACING TEAM, Anupab Sarmoon terus memimpin perlumbaan sebelum kedudukannya dipintas oleh Kasma dan Thanat. Di pusingan kedua giliran Apiwath Wongthananon (YAMAHA TNP) pula berada di hadapan.

Para pemenang perlumbaan dua SS600.
Para pemenang perlumbaan dua SS600.

Kedudukan ketiga dirampas oleh Mohammad Adenanta Putra (ASTRA HONDA RACING TEAM) selepas memotong Ksma dan Anupab. Pertarungan sengit berlaku di pertengahan pusingan apabila Adenanta terus mengejar Thanat dan Apiwath. Kedudukan tempat pertama sering bertukar menjadikan perlumbaan ini sukup mencabar. Aldi Satya Mahendra (YAMAHA RACING INDONESIA) turut mempamerkan taring dengan memintas Anupad untuk mencabar kedudukan podium.

Masuk pusingan keenam, kumpulan hadapan menjadi pertempuran enam pelumba hebat. Aldi naik ke kedudukan kedua,sementara itu Adenanta sempat mengetuai perlumbaan sebelum Aldi kembali merampas kedudukan pada pusingan ketujuh. Persaingan terus berlangsung dengan Aldi, Kasma dan Anupab berebut kedudukan pertama, manakala Thanat, Adenanta dan Apiwath bertarung rapat di belakang mereka.

Tiba sahaja di pusingan akhir, Anupab membuat gerakan berani untuk memintas Aldi dengan merampan kedudukan pertama. adenanta kemudian mengambil pelunag untuk memimpin perlumbaan sebelum terjatuh. Peluang itu memberi manfaat buat Thanat Laoongplio untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 20’07.296s.

Tempat kedua dimenangi oleh Aldi dengan 20’07.458s manakala Anupab melengkapkan kedudukan podium ketiga (20’07.647s). Walaupun tidak menamatkan saingan di tangga podium, Kasma Daniel dinobatkan sebagai juara keselurhan SS600 selepas mengumpul 167mata. Walaupun kumpulan mata sama dengan Anupab, keputusan kesuluruhan musim berpihak kepada pelumba negara. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.