☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Januari 2026

MotoGP 2026: Era V4 Baru Buat Yamaha

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dengan rasminya bersedia untuk mengharungi musim 2026 dengan memperkenalkan jentera YZR-M1 V4 terbaru yang dikemaskan dengan warna terbaru. Gabungan warna Biru tradisi Yamaha yang dipadakan dengan warna Hitam dan Hijau Monster Energy menyerlahkan imej agresif, moden dan prestasi, selari dengan aspirasi pasukan Yamaha ini untuk musim serba baru.

Fabio Quatararo 'kanan' & Alex Rins.
Fabio Quatararo 'kanan' & Alex Rins.

Musim 2026 dilihat sebagai fasa penting dalam pembangunan jentera Yamaha dengan penekanan diberikan terhadap peningkatan prestasi enjin, kestabilan aerodinamik serta konsistensi jentera untuk lebih kompetitif di litar-litar yang berbeza. Menurut wakil Yamaha Motor Racing, pasukan mereka akan menjalani tahun 2026 dengan strategi yang lebih tersusun dan agresif.

Jentera YZR-M1 Fabio Quartararo.
Jentera YZR-M1 Fabio Quartararo.
Jentera YZR-M1 Alex Rins.
Jentera YZR-M1 Alex Rins.

Fokus utama adalah untuk meningkatkan daya saing dan pada masa yang sama, membina asas kukuh bagi memgembalikan kejayaan Yamaha dalam MotoGP. Dengan gabungan pelumba berbakat, kru berpengalaman serta jentera yang terus dipertingkatkan, pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP melangkah masuk musim baru ini dengan keyakinan dan semangat yang tinggi.

Pada masa yang sama, sokongan yang berterusan daripada Monster Energy memainkan peranan penting. Kerjasama strategik ini bukan sahaja memperkukuh identiti pasukan, malah menyuntik semangat juang dalam setiap perlumbaan.

Fabio Quartararo: "Saya bersedia untuk  kembali ke litar. Pelancaran pasukan setiap kalinya akan meningkatkan semangat dan tenaga. Enjin V4 adalah satu perubahan besar dan saya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk merasakan kemampuannya di litar. Saya rasa pihak media dan para peminat juga ingin tahu bagaimana prestasinya. Saya telah berlatih dan bekerja keras sepanjang cuti musim sejuk dan kini sedia untuk membuktikan kemampuan saya".

Alex Rins: "Jentera baru ini memberi peluang buat kami untuk fokus dalam pembangunan dan motivasi kami juga berada di tahap tertinggi. Saya telah menyiapkan diri sebaik-baiknya untuk hadir ke sesi ujian rasmi nanti. Ya..ini adalah era baru buat Yamaha dan saya cukup teruja menjadi sebahagian daripadanya."

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).