☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 Februari 2026

Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Tiga Pelumba Negara

Sesi Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup yang berlangsung di PETRONAS Sepang International Circuit dari 8 hingga 10 Februari 2026 memberi impak yang amat positif kepada tiga pelumba negara.

Qabil Irfan mempamerkan aksi konsisten dan penuh kesungguhan sepanjang sesi ujian, sekali gus menamatkan saingan di kedudukan kedua keseluruhan. Qayyim Razin pula menunjukkan peningkatan berterusan dari satu sesi ke sesi seterusnya dan menamatkan ujian di tempat ke-11 keseluruhan. Sementara itu, Naqib Rifqi menampilkan rentak stabil sepanjang dua hari ujian dan menamatkan sesi di kedudukan keenam keseluruhan.

Walaupun keputusan yang diraih amat memberangsangkan, masih terdapat beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan menjelang pusingan pertama yang dijadualkan berlangsung pada 27hb dan 28hb Februari 2026 di Chang International Circuit. Pasukan SIC Racing akan terus meneliti setiap kelemahan yang dikenal pasti bagi memastikan prestasi pelumba berada pada tahap terbaik apabila musim perlumbaan bermula. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.