☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Mac 2026

GP BRAZIL: Hakim Danish Raih Kedudukan 10 Terbaik

Hakim Danish Ramli mempamerkan prestasi cukup cemerlamg untuk menamatkan Grand Prix (GP) Brazil dalam kelompok 10 terbaik, sekali gus mengutip enam mata berharga buat pasukannya.

Rentak positif pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu bermula seawal sesi kelayakan di Litar Autódromo Internacional de Goiânia – Ayrton Senna pada Sabtu apabila Danish mencipta kebangkitan untuk meraih petak ketiga, yang juga merupakan kedudukan grid terbaiknya setakat ini dalam kelas Moto3.

Meskipun berdepan detik mencemaskan selepas terjatuh di selekoh keenam, pelumba kelahiran Terengganu itu tidak mudah putus asa apabila berjaya bangkit mencatat masa terpantas 1 minit 26.448 saat (s). Aksi terbaiknya itu turut dibantu oleh tindakan pantas barisan kru pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi  yang memastikan jenteranya kembali berada dalam keadaan terbaik dalam tempoh singkat.

Dalam saingan perlumbaan sebenar, Hakim Danish yang bermula dari barisan hadapan mempamerkan tunggangan agresif dan konsisten apabila beberapa kali berada dalam kelompok lima terbaik pada awal perlumbaan.

Namun, perlumbaan bertukar lebih sengit di pertengahan perlumbaan susulan insiden kemalangan melibatkan pelumba CIP Green Power, Scott Ogden yang memaksa bendera merah dikibarkan pada pusingan ke-15.

Saingan kemudian disambung semula dengan baki lima pusingan, menyaksikan Hakim Danish memulakan semula perlumbaan dari kedudukan kesembilan sebelum dipintas pelumba lain dan berada ditempat ke-13 sejurus perlumbaan bersambung.


Bagaimanapun, pelumba berusia 18 tahun itu kekal tenang dan fokus sebelum bangkit memintas beberapa pelumba lain untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10.

Selepas dua pusingan, Danish kini berada di tangga ke-13 keseluruhan dengan kutipan enam mata, peningkatan positif berbanding aksi pembukaan di GP Thailand yang menyaksikan Danish menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.