☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Mac 2026

Hakim Danish Buru Keputusan Positif di Cota

Pelumba muda negara, Hakim Danish bertekad meneruskan prestasi positif menjelang pusingan ketiga Kejuaraan Dunia kelas yang berlangsung di COTA pada hujung minggu ini.

Selepas mempamerkan aksi memberangsangkan pada perlumbaan minggu lalu, Hakim Danish kini giat melakukan persiapan rapi merangkumi aspek fizikal, mental serta teknikal bagi menghadapi cabaran di COTA.

Hakim Danish sebelum ini mencuri perhatian apabila berjaya meraih petak ketiga pada sesi kelayakan di Brazil, sekali gus memulakan perlumbaan dari barisan hadapan. Beliau kemudian menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik bagi mengutip mata berharga untuk kempen musim ini.

Menjelang aksi di Austin, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu turut memperkemaskan teknik tunggangan bagi menyesuaikan diri dengan karakter unik litar sepanjang 5.513 kilometer yang mempunyai 20 selekoh.

Menurut Hakim Danish, pengalaman di Brazil menjadi suntikan keyakinan buat dirinya untuk tampil lebih kompetitif pada perlumbaan seterusnya.

Walaupun mengakui persaingan dalam kelas Moto3 semakin sengit, beliau tetap optimis untuk memperbaiki prestasi seawal sesi latihan bebas pada Jumaat sebelum berusaha bersaing dalam kelompok hadapan.

Dalam masa sama, Hakim Danish berharap sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia akan menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus mengutip mata berharga di pentas dunia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.