☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Mac 2026

Bezzecchi Bagai Tak Boleh Dikalahkan! Lima Kemenangan Berturut-Turut di COTA

Perlumbaan MotoGP Grand Prix of the Americas di Circuit of the Americas semalam menjadi pentas utama bagi Marco Bezzecchi yang terus mencuri perhatian dunia dengan lima kemenangan berturut-turut. Ini merangkumi gabungan perlumbaan Sprint dan GP utama. Ini juga meletakkan dirinya sebagai pelumba Itali ketiga yang meraih keputusan cukup mengagumkan.

Marco Bezzecchi, Juara GP Amerika.
Marco Bezzecchi, Juara GP Amerika.

Perlumbaan kali ini juga membuktikan prestasi padu jentera Aprilia apabila rakan sepasukannya Jorge Martin turut mencuri tangga podium selaku naib juara diikuti Pedro Acosta di tempat ketiga.

Pertarungan sengit di antara Martin '89' dan Acosta.
Pertarungan sengit di antara Martin '89' dan Acosta.

Pedro Acosta terlebih dahulu memimpin perlumbaan tetapi terus dicabar oleh Bezzecchi yang dilihat memiliki rentak yang lebih baik. Kedua-dua pelumba muda ini saling menguji satu sama lain dan akhirnya Acosta akur di tempat kedua apabila dipintas oleh jaguh Aprilia itu tidak lama kemudian.

Jorge Martin gembira dapat kembali ke podium.
Jorge Martin gembira dapat kembali ke podium.

Di litar COTA yang terkenal dengan selekoh teknikal dan laluan lurus panjang, maka konsistensi adalah kunci utama. Bezzecchi tenang mengawal keadaan dan membiarkan para pelumba di belakang berentap sesama sendiri.

Pedro Acosta.
Pedro Acosta.
Marc Marquez tamatkan saingan di tempat kelima.
Marc Marquez tamatkan saingan di tempat kelima.
Giannantonio berjaya memintas M. Marquez untuk meraih tempat keempat.
Giannantonio berjaya memintas M. Marquez untuk meraih tempat keempat.

Di belakang Bezzecchi, persaingan juga sengit. Jorge Martin yang memintas Acosta berjaya mengekalkan posisi kedua hingga ke garisan penamat diikuti Pedro Acosta yang wajar diberikan kredit atas kesungguhannya mencari podium.

Luca Marini '10' berjaya menewaskan Johann Zarco '5' dan Diogo Moreira '11' dalam perebutan tempat kesembilan.
Luca Marini '10' berjaya menewaskan Johann Zarco '5' dan Diogo Moreira '11' dalam perebutan tempat kesembilan.
Pecco kurang berpuas hati berada di tempat ke-10.
Pecco kurang berpuas hati berada di tempat ke-10.

Pertarungan di antara Marc Marquez, Francesco Bagnaia (Pecco), Fabio Di Giannantoinio, Enea Bastianini dan Luca Marini juga sengit. Giannantoinio akhirnya berjaya menewaskan para pencabarnya untuk tempat keempat diikuti M. Marquez, Bastianini dan A. Marquez.

Aprilia kini semakin ghairah mencari kemenangan.
Aprilia kini semakin ghairah mencari kemenangan.
Marquez '93' diberi tentangan sengit oleh Pecco '3' & Bastianini.
Marquez '93' diberi tentangan sengit oleh Pecco '3' & Bastianini.

Marini membawa pulang tujuh mata di tempat kesembilan manakala bekas Juara MotoGP, Pecco di posisi ke-10 dengan enam mata.

Fabio Quartararo sekadar di tempat ke-17.
Fabio Quartararo sekadar di tempat ke-17.
Ale Rins.
Ale Rins.

Tahniah buat Bezzecchi dan Aprilia! Walaupum musim masih panjang, pencapaian ini memberikan petanda awal kebangkitan pasukan mereka dalam usaha meraih kemenangan di setiap pusingan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.