☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 April 2026

MODENAS Umum Barisan Pasukan Malaysian Cub Prix 2026 Kategori Pro-Am

Sempena dengan acara MODENAS Riang Raya 2026 di Kawasaki Technical Centre yang dihadiri lebih 1,000 orang tetamu, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) turut mengumumkan barisan pasukan yang bakal berlumba dalam kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 untuk kategori Pro-Am.

Untuk musim ini, MODENAS akan bekerjasama dengan beberapa pasukan tempatan dalam kategori tersebut antaranya Raynorton Motorsport, Maju Mega Bike Racing Team, MC Tajam Racing Team dan DF Racing Team.

Kesemua pasukan dipilih berdasarkan rekod prestasi kompetitif, keupayaan teknikal dan potensi pembangunan dalam kejuaraan tersebut. Model Z15GT bakal diuji secara langsung di litar, sekali gus menjadi medan penting untuk membuktikan prestasi serta ketahanan jentera tersebut.

"Melalui kerjasama ini dapat  memperkukuh lagi kehadiran kompetitif dengan menampilkan keupayaan sebenar prestasi Z15GT di litar perlumbaan. Pada masa yang sama, penyertaan dalam Malaysian Cub Prix 2026 turut mencerminkan komitmen berterusan MODENAS dalam memperkasa pembangunan sukan permotoran peringkat akar umbi serta menyokong dan mencungkil bakat pelumba tempatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En. Roslan Roskan.

Beliau turut menambah bahawa pengumuman ini dibuat sempena acara MODENAS Riang Raya 2026 kerana ia memberi peluang kepada syarikat untuk meraikan satu lagi pencapaian penting bersama rakan kongsi, media serta komuniti penunggang yang sentiasa menyokong MODENAS selama ini.

kejuaraan Malaysian Cub Prix yang diperkenalkan sejak tahun 1994 merupakan tempat untuk mencungkil bakat pelumba tempata supaya mereka dapat bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

Penyertaan MODENAS dalam kategori Pro-Am mencerminkan pendekatan strategik syarikat dalam meningkatkan keterlihatan jenama, menyokong pembangunan pelumba dan mengeratkan hubungan dengan komuniti motosikal di seluruh negara.

Selain pengumuman barisan pasukan, MODENAS Riang Raya 2026 turut menampilkan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti, sesi rangkaian industri, pameran produk serta perhimpunan penunggang yang melibatkan komuniti MODENAS, Kawasaki dan Kymco. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.