☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Ogos 2026

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Pelumba muda Moto3 negara, Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Hakim Danish terpaksa menamatkan perlumbaan GP Britain lebih awal selepas terlibat dalam satu insiden apabila dilanggar pelumba lain sehingga menyebabkannya terjatuh. Namun, kejadian tersebut tidak mematahkan semangat pelumba berusia 19 tahun itu tetapi menjadi pembakar motivasi untuk kembali lebih kuat di Aragon.

Selepas GP Britain, Hakim Danish meningkatkan intensiti latihan selain melakukan beberapa penambahbaikan sebagai persediaan menghadapi pusingan seterusnya. Fokus kini diberikan kepada usaha mendapatkan semula rentak perlumbaan dan mengutip mata penting dalam kejuaraan.

Aragon bukanlah litar asing buat pelumba kelahiran Terengganu itu. Malah, litar berkenaan pernah menyimpan memori manis apabila Hakim Danish pernah menjuarai Perlumbaan 2 Pusingan Ketiga Red Bull MotoGP Rookies Cup pada 2025.

Pada perlumbaan tersebut, Hakim Danish memulakan saingan dari petak ketujuh sebelum melakukan kebangkitan hebat untuk mencabar kelompok hadapan. Dia kemudian melakukan beberapa gerakan memintas di selekoh-selekoh terakhir untuk melakar kemenangan.

Kejayaan itu cukup bermakna apabila ia menamatkan kemarau kemenangan Hakim Danish dalam saingan Red Bull Rookies selepas lima kali muncul sebagai naib juara. Oleh itu, Aragon kini menjadi antara litar yang cukup istimewa dalam perjalanan kariernya.

Selepas 12 pusingan, Hakim Danish kini berada di tempat kelapan Kejuaraan Dunia Moto3 dengan mengumpul 86 mata. Beliau turut menduduki tempat ketiga dalam saingan Rookie of the Year yang hanya dipisahkan sebanyak 11 mata dengan pelumba Indonesia, Veda Pratama yang berada di tempat kedua dengan 97 mata. Brian Uriarte pula mendahului kejuaraan dengan 127 mata. RR

Popular

  • Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Warta Roda

    Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Artikel berkaitan

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) melakukan kebangkitan luar biasa dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP 2026 apabila muncul juara GP San Marino