RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 November 2026

Azroy Juara CP150 2026

Tahniah buat pelumba HONDA CASTROL POWER1 YUZY RACING iaitu Azroy Hakeem Anuar dinobatkan sebagai juara keseluruhan CP150 musim ini di pusingan ke-8 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Bandar Medini Iskandar, Johor.  Sementara itu, Md Helmi Azman daripada pasukan TAB SPORTS SCK HONDA RACING menutup tirai 2026 dengan kemenangan bergaya dalam kategori ini. 

Azroy yang memulakan perlumbaan dari petak pertama selepas mencatat masa terpantas 44.954 saat dalam sesi Super Pole. Bagaimanapun beliau hilang beberapa kedudukan selepas lampu pelepasan dipadamkan. Md Farish Hafiy Farid Sezli daripada IDEMITSU HONDA YAM RACING mengambil kesempatan untuk mendahului perlumbaan diikuti Helmi di tempat kedua, Md Irfan Haykhal Amidi ketiga dan Md Haziq Md Fairues di tempat keempat. Helmi kemudian mula memberikan tekanan sebelum berjaya memintas Hafiy pada pusingan kelima untuk mengambil alih kedudukan pendahulu.

Azroy kemudian mula memperbaiki kedudukannya apabila mencatat masa terpantas 50.197 saat pada pusingan ketiga. Pelumba itu memintas Irfan pada pusingan ketujuh sebelum berada di kedudukan kedua selepas memintas Hafiy pada pusingan ke-10. Menjelang pusingan ke-12, Azroy berjaya merapatkan jurang hanya 0.290 saat di belakang Helmi. Namun, Helmi terus mempertahankan kedudukan sehingga ke penghujung perlumbaan.

Helmi akhirnya melintasi garisan penamat sebagai juara dengan catatan masa 15 minit 35.614 saat diikuti Azroy di tempat kedua dengan masa 15 minit 36.511 saat. Kasma Daniel Kasmayudin daripada PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR melengkapkan kedudukan podium dengan catatan 15 minit 39.191 saat. Hafiy dan Shahrol Syazras Shahrol Yuzy masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima. 

Walaupun menamatkan perlumbaan pusingan akhir di tempat kedua, Azroy di sahkan sebagai juara keseluruhan CP150 selepas mengumpul 117 mata sepanjang musim. Kasma pula di kedudukan kedua dengan 111 mata dan Haziq di tangga ketiga selepas meraih 103.5 mata. RR

Popular

  • Warta Roda

    Zongsen Cyclone CUBE 150: Dia Mai Motor 'Tomei' Pula!!

  • Model Baru

    Ultraviolette X-47 Venom: Bukti Jentera EV Makin Maju

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

  • Dari Litar

    Marc Marquez Juara MotoGP 2026!! Samai rekod Agostini...

  • Model Baru

    SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

Artikel berkaitan

Marc Marquez Juara MotoGP 2026!! Samai rekod Agostini...

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

Honda V3R900 E-Compressor tampil dengan gaya yang cukup garang dan semestinya memberi tumpuan kepada aerodinamik. Saluran udara di sebelah kanan menempatkan penapis udara, manakala saluran di sebelah kiri berfungsi untuk menyejukkan unit ECU.

Model Baru

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Zontes 552Z merupakan salah satu daripada empat varian dalam keluarga 552 yang turut merangkumi 552G, 552S dan 552H.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700