RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 November 2026

Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

Suzuki Malaysia hari ini melancarkan Suzuki SV-7GX, sebuah motosikal crossover kelas pertengahan yang menggabungkan karakter sporty SV650 dengan keupayaan serba boleh untuk pelbagai jenis perjalanan.

Majlis pelancaran model baru ini telah disempurnakan oleh Datuk Azman bin Adam, Ketua, Pengarah Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dan Mr. Takashi Ise, Pegawai Pengurusan dan Pengurus Besar Eksekutif, Operasi Motosikal, Suzuki Motor Corporation, Jepun.

SV-7GX direka untuk memenuhi keperluan penunggang yang ingin sebuah jentera selesa untuk tugasan harian, kembara jarak jauh dan laluan-laluan berselekoh di hujung minggu.

Model baru ini dikuasakan oleh enjin 645cc, sistem penyejuk cecair, 90 V-kembar yang berkuasa 73hp (54 kW) pada 8,500rpm dan tork 64Nm pada 6,900rpm.

SV-7GX dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), yang menawarkan pelbagai teknologi bagi meningkatkan kawalan, kemudahan dan keyakinan penunggang. Ia terdiri daripada:

  • Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), yang membolehkan penunggang memilih karakter penyampaian kuasa bersesuaian dengan keadaan jalan dan pilihan tunggangan.
  • Suzuki Traction Control System (STCS) dengan tiga mod pilihan
  • Bi-directional Quick Shift System, membolehkan pertukaran gear naik dan turun tanpa menggunakan klac

  • Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist, membantu menghasilkan proses menghidupkan enjin dan pergerakan pada kelajuan rendah
  • Paparan TFT berwarna penuh 4.2 inci dengan Suzuki Ride Connect
  • Port USB

Saiz tayar hadapan ialah 120/70 ZR17 M/C manakala di belakang 160/60 ZR17 M/C (69W), tubeless (Pirelli Angel GT II)

Suzuki SV-7GX ini ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Pearl Brilliant White / Metallic Triton Blue, Pearl Mat Greige, Glass Sparkle Black dan Pearl Brilliant White. RR

Popular

  • Dari Litar

    Marc Marquez Juara MotoGP 2026!! Samai rekod Agostini...

  • Model Baru

    SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

  • Model Baru

    HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

  • Model Baru

    Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

  • Warta Roda

    SWM 255XT Dijangka Ke Pasaran Negara Suku Kedua 2027 - Bawah RM20K

Artikel berkaitan

SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000

KYMCO CV-X45: Skuter 'Adventure Crossover' Serba Baru

EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Zontes 552Z merupakan salah satu daripada empat varian dalam keluarga 552 yang turut merangkumi 552G, 552S dan 552H.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Konvoi PETRONAS Sprinta 2026 Himpun Lebih 700 Penunggang!

Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2026 yang masuk tahun keempat penganjuran mencatatkan penyertaan paling ramai setakat ini apabila lebih 700 penunggang.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.