RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 November 2026

Zongsen Cyclone CUBE 150: Dia Mai Motor 'Tomei' Pula!!

Segmen motosikal mini di Malaysia bakal menyaksikan kehadiran pencabar baru iaitu Zonsen Cyclone Cube 150. Model baru ini diinspirasikan daripada elemen cyberpunk. Nampak lain dan cukup unik, lincah dan menyeronokkan.

Ia digerakkan oleh enjin 149.3cc, silinder tunggal yang menghamburkan kuasa maksimum sekitar 15.4 hp dan tork puncak 14.5 Nm. Kesemua kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang melalui sistem transmisi automatik CVT yang cukup lancar.

Penggunaan panel akrilik lutsinar serta lampu utama LED jenis pop-up automatik menyerlahkan lagi karaktor uniknya. Bahagian depan memang cantik dan menarik.

Berbeza dengan jentera dalam kelas sama seperti Honda MSX125 Grom atau CFMoto Papio XO yang menuntut kawalan klac tangan, jentera ini direka khus

Dari aspek ergonomik dan pengendalian, ketinggian pelana pada paras 720 mm dipadankan dengan berat keseluruhan sekitar 120kg yang menjadikannya mesra penunggang baru mahupun penunggang yang bertubuh kecil.

Rekaan tangki bahan api berkapasiti 7.5 liter yang tirus membolehkan lutut mengepit kemas badan jentera, manakala bar hendal berbentuk U yang tinggi memberikan postur tunggangan tegak yang selesa untuk perjalanan harian.

Cyclone melengkapkan model mini ini dengan tayar-tayar kecil (100/80-12 depan / 120/70-12 belakang) yang dikawal oleh sistem brek cakera dan sistem ABS dwi-saluran beserta sistem Traction Control. Turut melengkapkan pakej moden jentera ini ialah paparan meter digital penuh serta unit pintar T-Box.

RR difahamkan CUBE 150 bakal menjengah pasaran Malaysia pada tahun 2027 nanti. Bagi peminat motosikal mini yang menginginkan gaya menonjol tanpa kerumitan menukar gear, model ini boleh dijadikan pilihan. RR

Popular

  • Dari Litar

    Azroy Juara CP150 2026

  • Model Baru

    Ultraviolette X-47 Venom: Bukti Jentera EV Makin Maju

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

  • Dari Litar

    Marc Marquez Juara MotoGP 2026!! Samai rekod Agostini...

  • Model Baru

    SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

Artikel berkaitan

SWM 255XT Dijangka Ke Pasaran Negara Suku Kedua 2027 - Bawah RM20K

EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Lambretta Kota Bharu Dirasmikan

Boon Siew Honda Bantu 193 Murid SK Nibong Tebal Menerusi Program Ride to Reach

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Konvoi PETRONAS Sprinta 2026 Himpun Lebih 700 Penunggang!

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge SR450X Kini Tiba ke Pasaran Negara

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Ultraviolette X-47 Venom: Bukti Jentera EV Makin Maju

Pengeluar motosikal elektrik dari India, Ultraviolette, memperkenalkan X-47 Venom di pestas EICMA 2026.