☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 November 2026

Marc Marquez Juara MotoGP 2026!! Samai rekod Agostini...

Jaguh pasukan Ducati Lenovo Team, Marc Marquez kini secara rasminya dinobatkan sebagai Juara MotoGP 2026 selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix Portugal di tempat kelapan, semalam.

Selepas terjatuh dalam perlumbaan Sprint, Marquez tekad untuk tidak mengulangi kesilapan sama dalam perlumbaan akhir. Marquez memilih untuk berrarung dengan lebih tenang dan selamat.

Saingan kali ini didominasi jentera Aprilia menerusi kemenangan Marco Bezzecchi diikuti Jorge Martin dan Raul Fernandez. Apa pun, tamat di tempat kelapan sudah memadai buat Marquez mengumpul 439 mata dengan kelebihan 43 mata.

Lagenda MotoGP, Giacomo Agostini menyempurnakan hari bersejarah itu dengan menyerahkan topi keledar emas khas kepada Marquez sebagai simbolik penyamaan rekod dunianya.

Rekod Baru Marc Marquez: Menyamai Rekod Agung Agostini (8 Gelaran Juara): Marquez kini menjuarai 8 Gelaran Kelas Perdana (2013, 2014, 2016–2019, 2025, 2026) dan 10 Gelaran Juara Dunia secara keseluruhan, sekali gus menyamai rekod 51 tahun Giacomo Agostini serta memintas 7 gelaran milik seteru utamanya, Valentino Rossi.

Kebangkitan Mata Terbesar Sejarah: Pelumba pertama dalam sejarah MotoGP yang berjaya mengejar dari ketinggalan 102 mata di belakang pendahulu (selepas pusingan ketujuh) untuk muncul juara, mengatasi rekod lama Francesco Bagnaia (91 mata pada 2022).

Juara Walaupun Terlepas 2 GP: Marc juga merupakan pelumba pertama sejak Kenny Roberts (1979) yang bergelar juara dunia meskipun terlepas dua pusingan perlumbaan akibat kecederaan bahu dan kaki pada pertengahan musim.

Juara Berganda Bersama Dua Pengeluar: Menyertai Valentino Rossi sebagai satu-satunya pelumba yang memenangi sekurang-kurangnya dua gelaran kelas perdana bersama dua pengeluar berbeza (Honda dan Ducati).

Juara Era Moden Tertua: Pada usia 33 tahun 278 hari, beliau muncul juara Kelas Perdana tertua sejak Phil Read (1974) dengan jarak antara gelaran pertama dan terkini yang paling lama dalam sejarah (13 tahun 12 hari).

Daripada hampir bersara akibat kecederaan ngeri pada tahun 2020, Marc Marquez kini membuktikan kebangkitannya bukan sekadar keajaiban, tetapi menyempurnakan statusnya sebagai antara pelumba terhebat sepanjang zaman! RR

Popular

  • Model Baru

    SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

  • Model Baru

    HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

  • Model Baru

    Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

  • Warta Roda

    SWM 255XT Dijangka Ke Pasaran Negara Suku Kedua 2027 - Bawah RM20K

  • Model Baru

    SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

C-ATX menampilkan gabungan rekacipta di antara sebuah kapcai dengan model skuter yang ditonjolkan menerusi penggunaan enjin di bahagian tengah dan sistem pacuan akhir jenis rantai.

Model Baru

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

KTM Malaysia turut merancang memeprkenalkan KTM 790 Adventure 2027 ke pasaran tempatan.

Model Baru

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

Yamaha perkenalkan pula adik RW700 iaitu RW350 yang lebih mesra pengguna.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.