HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....
Industri permotoran global sekali lagi dikejutkan apabila Honda memperkenalkan model V3R900 E-Compressor versi pengeluaran (production) di pentas EICMA 2026, Milan.

Selepas dipamerkan sebagai model konsep sebelum ini, jentera dengan gaya "Non-Rail Roller Coaster" sudah bersedia menarik minat jutaan pencinta dua roda melalui gabungan kejuruteraan klasik dan teknologi masa depan.


Ya...V3R900 baru ini hadir dengan enjin V3 75-darjah dan E-Compressor yang pertama di dunia. Konfigurasi enjin V3 900cc, empat lejang, sistem penyejuk cecair dengan sudut 75 darjah (dua silinder di hadapan dan satu silinder di belakang). Susunan ini mengimbau kembali nostalgia jentera legenda 2 lejang era 80-an seperti Honda NS400R tetapi kini dilahirkan semula dengan enjin 4 lejang yang lebih moden.


Honda V3R900 E-Compressor tampil dengan gaya yang cukup garang dan semestinya memberi tumpuan kepada aerodinamik. Saluran udara di sebelah kanan menempatkan penapis udara, manakala saluran di sebelah kiri berfungsi untuk menyejukkan unit ECU.

Model ini didatangkan dengan tangki bahan api dan sistem paip ekzos yang diperbuat daripada titanium. Honda ini juga hadir dengan panel meter jenis TFT berserta sistem Honda RoadSync. V3R baru ini padat dengan sistem elektronik terdiri seperti Mod Tunggangan, Traction Control, Sistem ABS, sistem Navigasi, Audio dan lain-lain.

Antara ciri-ciri menarik yang lain ialah Lengan Ayun Tunggal, Fork jenis USD Warna Emas dan kerangka jenis Trellis. RR
Popular




