☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Jun 2017

Pusingan Kedua Lebih Rancak

Tahniah buat SIC dan Pirelli dengan penganjuran perlumbaan Pirelli Malaysia Superbike Championship untuk 2017. Perlumbaan lima pusingan ini bermula dari bulan Mac lalu sehingga November ini. Lebih mengagumkan, perlumbaan ini menerima maklum balas yang cukup positif daripada para pencinta perlumbaan motosikal dari dalam dan luar negara. Untuk musim ini jentera-jentera bertanding akan dilengkapkan dengan tayar-tayar Pirelli seperti Supercorsa V2 dan Diablo Rain pada saiz dan jenis yang berbeza.

Para pemenang kelas Superbike. Dari kiri: Rajini Krishnan, Md Ramdan, M.Farid, Jouni Karhu dan Mark Kendle.
Para pemenang kelas Superbike. Dari kiri: Rajini Krishnan, Md Ramdan, M.Farid, Jouni Karhu dan Mark Kendle.

Perlumbaan pusingan kedua yang berlangsung pada akhir April lalu ternyata cukup sengit dan menarik sekali. Terdapat empat kategori dalam persaingan musim ini iaitu Superbike, Supersport, Superstock dan Open 250. Seramai 15 orang pelumba yang menyertai kelas Superbike yang menggunakan jentera-jentera hebat seperti Kawasaki ZX-10R, BMW HP4, BMW S1000RR dan Suzuki GSX-R1000.

Juara Superbike Pusingan 2, M. Farid (83) menguasai hampir seluruh perlumbaan.Penolong Pengurus KMSB, En. Awalludin (berbaju hijau) sempat meluangkan masa bersama pasukan Chia PJ.

Perlumbaan 1 dan 2 telah dimenangi oleh M.Farid Badrul yang menunggang BMW HP4 berjaya menewaskan pelumba berbakat negara, Mohd Ramdan Rosli yang memacu sebuah jentera Kawasaki ZX- 10R. Pasukan Chia PJ Kawasaki yang diwakili oleh Rajini Krishnan dan Jouni Karhu masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan keempat. Sememangnya saingan kelas ini cukup sengit dan mendebarkan.

Abhijith Prasad (7) berjaya menewaskan Syafiq (42)untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-8.

Kelas Supersport lebih mencabar dengan penyertaan seramai 21 orang pelumba dan untuk kelas ini, kesemuanya memilih untuk menggunakan jentera dari Jepun iaitu Yamaha, Kawasaki, Honda dan Suzuki. Pelumba dari Jerman, Ismael Smajli yang mewakili pasukan BikeART menang kedua-dua perlumbaan untuk menjadi juara. Walaupun menang selesa dalam Perlumbaan 2, Ismael ternyata diberi tentangan hebat oleh pelumba negara, M.Iqbal Quzaimy dari pasukan ARD Performance bersama jentera Yamaha R6nya. Dalam Perlumbaan 1, Iqbal hanya ketinggalan 0.344 saat sahaja di belakang Ismael.

Kedudukan tempat ketiga dan keempat dalam kedua-dua perlumbaan juga dimenangi oleh pelumba yang sama iaitu Khurana Dhiraj dari Singapura yang menunggang Honda CBR600 dan Liam Taylor McDonald dari New Zealand bersama Kawasaki ZX6Rnya.

Jonathan Serrapica (48) berjaya meraih tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 Superstock.

Kelas Superstock paling ramai penyertaan dengan 25 orang pelumba dan perlumbaan kelas ini lebih meriah dengan adanya jumlah jenama pengeluar motosikal yang juga lebih banyak. Kita dapat melihat Kawasaki, BMW, Honda, Yamaha, Aprilia dan Ducati berada di petak grid sebelum pertarungan dimulakan. Berbeza dengan Superbike, kelas ini tidak memberi kebebasan kepada para pelumba menukar atau mengubahsuai jentera mereka sesuka hati. Antara komponen yang boleh ditukar ialah unit ECU, sistem ekzos, saspensi hadapan (katrij sahaja), sistem brek perlu yang asal, subkerangka (asal) dan pelumba dibenar menggunakan tayar Pirelli SC1 atau Diablo Rain sahaja.

Mohd Hafiz Nor Azman yang menunggang Honda CBR1000RR menang dalam perlumbaan 1 dan 2 manakala pelumba BMW, Mohd Nasaruddin berjaya meraih tempat kedua dalam Perlumbaan 1 tetapi gagal menamatkan perlumbaan dalam persaingan kedua. Ketiadaannya telah membuka peluang buat penunggang Yamaha R1, Jonathan Serrapica untuk merebut tempat kedua diikuti Adib Zulfadli di tempat ketiga.

Para pemenang Superstock melompat kegembiraan!
Para pemenang Superstock melompat kegembiraan!

Walaupun hanya menunggang jentera 250cc, persaingan kelas Open 250 adalah yang paling sengit. Kuasa enjin dan semangat juang di antara pelumba yang dilihat sama rata memberikan persembahan yang cukup luar biasa. Dalam kelas ini, para peserta berentap dengan menggunakan jentera Yamaha R25, Kawasaki Ninja 250, Kawasaki Ninja 250SL dan Honda CBR250R.

Mohd Jazil dari pasukan Chia PJ yang menunggang jentera Kawasaki dan Mohd Aiman yang menunggang Yamaha saling bertukar kedudukan dari awal hingga akhir. Turut mempamerkan tunggangan mantap ialah Vishwadev M dan Dinesh Kumar yang kedua-dua dari India. Perlumbaan pusingan kedua ini dimenangi oleh Jazil selepas menang dalam kedua-dua perlumbaan untuk memungut 50 mata penting.

Perlumbaan pusingan ketiga akan berlangsung pada 28-30 Julai nanti. Ayuh kita meriahkan Litar Antarabangsa Sepang!! RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.