☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 September 2020

Castrol Tekad Perkasakan Pelumba Tempatan Dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2020

Castrol Malaysia telah mengumumkan penajaan ke atas dua orang pelumba muda iaitu Muhammad Harith Haziq bin Zamri dan Allan Harris bin Herman yang beraksi dalam kategori WIRA di Kejuaraan Cub Prix Malaysia pada tahun 2020 di bawah jenama flagship mereka iaitu Castrol POWER1.

Castrol POWER1 merupakan pelincir dikeluarkan oleh kumpulan energy antarabangsa BP yang sentiasa memberi sokongan kuat terhadap persada sukan permotoran di peringkat global sejak di awal tahun 1900 lagi. Inisiatif terbaru ini bukan sahaja satu kesinambungan dalam penyelidikan dan pembangunan Castrol dengan menggunakan jentera tajaan demi memperbaiki tahap kualiti produk tetapi pada masa yang sama mendorong penunggang muda dan berbakat sejajar dengan kemegahan warisan syarikat ini.

Mengimbau kembali pada Mei 1994, kejuaraan cub prix Malaysia merupakan acara tahunan siri perlumbaan motosikal peringkat kebangsaan yang melibatkan jentera dalam kelas 100cc hingga 150cc. Kejuaraan bermula sebagai asas untuk mengembangkan perlumbaan motosikal profesional di Malaysia serta menyediakan platform untuk mencari dan mengembangkan bakat pelumba di seluruh negara.

Allan Harris.
Allan Harris.

Pada tahun 2002, kategori WIRA diperkenalkan dan ia adalah persaingan kelas pertengahan yang telah dikhususkan untuk penunggang yang berusia antara 13 hingga 17 tahun. Pelumba di bawah tajaan Castrol, Muhammad Harith Haziq dan Allan Harris masing-masing berumur 16 tahun dan telah  pun memiliki pengalaman dalam dunia perlumbaan selepas beraksi pada musim 2018 dan 2019. Lebih meyakinkan, kedua-dua pelumba ini turut berjaya mencapai kedudukan yang membanggakan secara keseluruhannya. Muhammad Harith Haziq dan Allan Harris juga telah mengambil bahagian dalam perlumbaan terkemuka seperti Malaysian Superbike Championship dan Asia Road Racing Championship (ARRC) untuk lebih pendedahan.

“Kami sangat gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada Pasukan Castrol pada tahun ini. Terima kasih atas kepercayaan dan pastinya memberi kami keyakinan untuk pergi lebih jauh serta dapat membuktikan kemampuan sebenar kami,” ujar Harith.

“Ini merupakan kali pertama kami berlumba bersama pasukan Castrol. Tiada yang lebih berharga selain pengalaman yang positif sehingga kini. Kami pasti sedang menuju detik kemenangan!” Kata Allan penuh teruja.

Muhd Harith Haziq
Muhd Harith Haziq

Castrol telah meraih kejayaan dalam legasi dunia sukan permotoran secara global. Dengan inisiatif penajaan terbaru ini, syarikat menaruh harapan untuk lebih aktif dalam persada sukan permotoran dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dengan para pencinta sukan ini.

“Sejarah kami bermula dari awal perlumbaan di Isle of Man TT pada tahun 1907. Ketika itu kami menggunakan jentera berkuasa tinggi seperti mana dalam siri MotoGP hari ini. Kami amat berbangga dengan legasi ini dan juga selaku salah satu jenama pelincir yang terkemuka di Malaysia. Kami ingin memberi galakan kepada bakat muda pada masa akan datang agar meneruskan minat mereka melalui saluran yang betul dan profesional.” kata Pengarah Pemasaran, Malaysia dan Singapura, Ms Keow Mei-Shan.

M. Harith Haziq (86) dan Allas Haris pamer tunggangan yang cukup bergaya.

Castrol POWER1 menawarkan pelbagai produk hebat untuk motosikal dan juga skuter yang terdiri daripada Castrol POWER1 Racing, Castrol POWER1 dan Castrol POWER1 Scooter. RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.