☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 November 2017

WSBK 2017 Pusingan 11 - Mangy-Cours, Perancis : Jonathan Rea Cipta Sejarah WSBK!

Berada di petak pertama, bermula dengan sempurna dan memimpin perlumbaan dari awal hingga akhir. Itulah 'perjalanan' penuh sejarah pelumba pasukan Kawasaki Racing, Jonathan Rea ketika muncul sebagai pemenang pusingan 11 seterusnya mencipta sejarah dari sejak 30 tahun WSBK iaitu dengan kejayaan menjuarai carta keseluruhan untuk kali ketiga berturut-turut.

Jonathan Rea mencipta sejarah dengan muncul juara WSBK tiga kali berturut-turut.
Jonathan Rea mencipta sejarah dengan muncul juara WSBK tiga kali berturut-turut.

Selepas bermula dengan cukup cantik, Rea mempamerkan tunggangan yang cukup meyakinkan untuk membuka jarak sedikit demi sedikit. Walaupun perlumbaan agak sukar disebabkan litar yang basah, ia tidak menghalang pelumba dari Northern Ireland ini memimpin perlumbaan untuk keseluruhan 21 lap tanpa sebarang tekanan dan cabaran. Prestasi mantap tersebut telah menghadiahkannya kemenangan ke-12 untuk musim ini dengan catatan masa 1'53.320s dan pungutan mata keseluruhan sebanyak 456 mata, sudah terlalu jauh untuk dikejar oleh Tom Sykes dan Chaz Davies walaupun perlumbaan masih berbaki dua lagi pusingan.

Sykes terus mencuba untuk menjadi naib juara keseluruhan 2017
Sykes terus mencuba untuk menjadi naib juara keseluruhan 2017

Perebutan tempat kedua di antara pelumba Ducati, Marco Melandri dan wakil Kawasaki, Tom Sykes lebih mengujakan. Kedua-dua pelumba berpengalaman itu saling membuktikan keupayaan masing-masing yang akhirnya berpihak kepada Marco Melandri dengan masa 1'52.740 saat manakala Sykes di tempat ketiga.

Marco Melandri cemerlang dalam Perlumbaan 1 dengan kejayaan di tempat kedua.
Marco Melandri cemerlang dalam Perlumbaan 1 dengan kejayaan di tempat kedua.

“Saya tidak mampu berkata apa-apa sekarang ini. Saya telah banyak berkorban untuk mencapai impian ini dan memenangi kejuaraan buat kali ketiga. Saya tidak dapat menjelaskan perasaan saya dan ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih buat pasukan dan semua rakan di Jepun. Saya juga ingin berterima kasih buat keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan ini hari paling gembira kerana menang pada perlumbaan yang ke-50 dalam WSBK,” kata Jonathan Rea.

Jonathan Rea (1) mengungguli perlumbaan dari awal hingga akhir.

Perlumbaan 2 hampir-hampir dikuasai oleh dua pelumba pasukan Pata Yamaha Official WSBK iaitu Alex Lowes dan M. Van Der Mark. Pengendalian yang mantap dan strategi yang bijak oleh kedua-dua pelumba ini pada mulanya amat sukar ditentang tetapi pertahanan itu akhirnya berjaya dibolosi oleh Leon Camier dan Chaz Davies.

Aksi Rea ketika melintasi garisan penamat sebagai juara.
Aksi Rea ketika melintasi garisan penamat sebagai juara.

Ketika Lowes dan Camier cuba mengatasi satu sama lain, Chaz Davies mengambil peluang tersebut sebaik-baiknya untuk melarikan diri dan akhirnya berjaya melintasi garisan akhir enam saat di hadapan. Camier kecewa selepas jenteranya mengalami masalah teknikal ketika persaingan berbaki 9 lap sahaja lagi dan memberikan posisi kedua dan ketiga untuk Alex Lowes dan M. Van Der Mark.

Gaya menarik yang dipersembahkan oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin dalam saingan WSSP.
Gaya menarik yang dipersembahkan oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin dalam saingan WSSP.

WORLD SUPERSPORT (WSSP)

Tahniah buat pasukan Yamaha yang berjaya mencatat kemenangan 1-2 di perlumbaan akhir WSSP yang disertai oleh 29 orang pelumba. Niki Tuuli yang menunggang Yamaha YZF R6 ternyata terlalu pantas untuk dikejar oleh para pelumba lain. Kedudukan di tangga podium turut diisi oleh seorang lagi penunggang YZF R6 iaitu Federico Caricasulo manakala PJ Jacobsen yang memacu jentera MV Agusta F3 675 di tempat ketiga.

Caricasulo, Tuuli & Jacobsen yang mengungguli WSSP. Tuuli bermula
Caricasulo, Tuuli & Jacobsen yang mengungguli WSSP. Tuuli bermula

Pelumba negara, Zulfahmi Khairudin terus memberi saingan walaupun dalam litar yang tidak begitu meyakinkan. Fahmi berjaya menamatkan cabarannya di tempat ke-19 selepas berjaya menidakkan tentangan hebat oleh Jaimie Van Sikkelerus (Yamaha YZF R6) dan Peter Sebestyen yang juga menunggang Kawasaki ZX-6R.

Davies akan terus mencabar Tom Sykes dalam usaha untuk meraih tempat kedua dalam carta keseluruhan.
Davies akan terus mencabar Tom Sykes dalam usaha untuk meraih tempat kedua dalam carta keseluruhan.

WORLD SUPERSPORT 300 (WSSP300)

Walaupun hanya tinggal dua pusingan saja lagi, perebutan untuk juara keseluruhan ternyata semakin sengit terutamanya apabila pelumba Sepanyol, Marc Garcia yang menunggang Yamaha YZF R3 mengungguli persaingan akhir WSSP300 yang berlangsung di Perancis. Pelumba Honda CBR500RR, Mika Perez terlebih dahulu berada di depan bersama namun begitu tunggangan cukup konsisten yang ditunjukkan oleh Garcia berjaya membuahkan hasil untuk membuat pintasan seterusnya.

Marc Garcia kini di tangga teratas WSSP300 dengan 126 mata.
Marc Garcia kini di tangga teratas WSSP300 dengan 126 mata.
Perlumbaan 2. Dari kiri: Lowes, Davies dan M Van Der Mark. Dari kiri:
Perlumbaan 2. Dari kiri: Lowes, Davies dan M Van Der Mark. Dari kiri:

Walaupun cuba untuk mengekang kemaraan Garcia, A. Coppola akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala Robert Schotman di tempat ketiga. Garcia kini berada di tangga teratas dengan 126 mata, empat mata di hadapan Coppola manakala Mika Perez di tangga ketiga dengan 96 mata. Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Jerez, Sepanyol pada 22 Oktober dan akan melabuhkan tirainya di Losail, Qatar pada 4 November nanti. RR

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.