Bersempena dengan perlumbaan MotoGP pusingan kedua yang bakal berlangsung di Litar Pertamina Mandalika minggu ini. Pihak SIC telah menghantar empat orang kakitangan bersama 10 orang marshal ke litar tersebut bagi membantu dan menjalankan tugas di sana.
Melihat senarai nama pelumba MotoGP, sememangnya semua hebat-hebat belaka. Namun begitu ada empat pelumba yang dikatakan bakal memberikan saingan cukup sengit. Mereka ialah Juara 2021, Fabio Quartararo (Yamaha), Juara 2020, Joan Mir (Suzuki), Juara 8 Kali, Marc Marquez (Honda) dan Naib Juara 2021, Francesco Bagnia (Ducati).
Selepas dua tahun tidak menonton jentera-jentera MotoGP beraksi di litar, para pencinta motosikal khususnya MotoGP di Malaysia akhirnya dapatkan melepaskan rindu apabila pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah memberi kebenaran masuk menonton secara percuma pada 5 dan 6 Februari lalu.