☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 September 2023

Afif Amran Menang di Halaman Sendiri

Pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah berlangsung di Litar Permotoran Terengganu. Pelumba buat pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran telah meraih kemenangan di halaman sendiri dalam kelas CP150.

Pada perlumbaan akhir, Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ-Racing) memulakan perlumbaannya di petak pertama setelah mencatatkan masa terpantas  48'671s dalam sesi Super-Pole. Manakala rakan sepasukannya, Afif berada di petak kedua diikuti Faiz Zekri dari pasukan GIVI Tekhne Yamaha di petak ketiga.

Dari kiri: Akid, Afif Amran & Kasma Daniel bersama piala kemenangan masing-masing.
Dari kiri: Akid, Afif Amran & Kasma Daniel bersama piala kemenangan masing-masing.

Pada awal perlumbaan, Afif meluru kehadapan untuk memimpin perlumbaan diikuti Akid berada di belakangnya. Sementara itu, Faiz berada di kedudukan ketiga. Akid kemudian berjaya memintas Afif sebelum berakhirnya lap kedua. Di kedudukan keempat, Iqbal cuba mengekori rapat pelumba di P3 sebelum dipintas oleh Izzat. Sementara itu, pelumba-pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing kekal di kedudukan 1-2 tanpa sebarang masalah.

Di P4, Faiz cuba menutup jurang dengan Izzat di belakangnya, tetapi Haziq yang ketika itu berada di kedudukan kelima berjaya memintas Faiz sebelum beliau terbabas. Pada pusingan kelima, Kasma yang berada di belakang Faiz mula mengejar sebelum memintasnya. Berbaki lagi tujuh pusingan, kedudukan Akid dan Afif masih sama dengan jarak 0.084s. Kasma kemudian mula rapat mengejar Izzat dan berjaya memintasnya di selekoh pertama. Izzat tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana jenteranya mengalami masalah teknikal.

Tiba sahaja pusingan terakhir, Afif meneruskan saingannya dengan Akid sebelum membuka langkah untuk memintas rakannya dari sebelah dalam. Walaupun Akid hampir terbabas, beliau berjaya mengawal jenteranya. Afif menamatkan perlumbaan di tangga pertama dengan catatan masa 16'20:549s. Manakala Akid di tempat kedua dengan 16'21:313s dan kedudukan ketiga menjadi milik Kasma Daniel Kasmayuddin dengan catatan 16'27:926s. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.