☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Oktober 2023

Iqbal Amri Gemar Litar Tangkak

Pusingan kesembilan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak pada 21hb & 22hb Oktober ini. Md Iqbal Amri dari pasukan GIVI Tekhne akan cuba memburu podium dalam kategori CP150.

Pada perlumbaan yang lalu, Iqbal telah menaiki podium buat kali pertama pada musim ini. Pada musim lepas, beliau menamatkan kesemua perlumbaan dengan kedudukan secara keseluruhan di tangga ketujuh. Musim ini, Iqbal menampilkan peningkatan prestasinya serta kemampuan untuk bersaing dengan lebih kompetitif bersama kelompok hadapan. Beliau kini berada di kedudukan kelima secara keseluruhan dengan kutipan 77 mata.

"Strategi pada pusingan lepas adalah untuk cuba mendapatkan posisi tempat kelima dan ke atas di grid. Saya mempunyai rentak yang sangat bagus untuk mengekori pelumba di hadapan sehingga ke garisan penamat. Dari segi jentera pula semakin baik pada musim ini. Saya juga menguatkan mental dan fizikal untuk prestasi yang lebih baik," kata Md Iqbal.

"pada pusingan yang akan datang, saya jangkakan perlumbaan semakin mencabar. Litar Tangkak merupakan litar kegemaran saya dan saya amat yakin untuk bersaing di litar tersebut dengan lebih baik. Walaupun terdapat sedikit kerja-kerja penyelengaraan di situ, saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengutip mata maksimum. Persediaan kami satu pasukan amat baik, memandangkan kami masih mempunyai 'otai' kita, abang Fazrul Sham yang menunjukkan tunjuk ajar dari segala aspek," tambahnya. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).